Kesian bila tengok para pakar-pakar akademik seperti profesor negara dan pemegang PhD tetapi gagal menganalisa apa yang berlaku dengan Bersih 5.
Ulasan TV3, Utusan, Berita Hairan mengulang-ulang Bersih 5 gagal dan hambar serta tidak mendapat sambutan.
Seorang profesor tersohor menyebut dalam TV3 suku bahawa rakyat sudah bosan sebab kerana itu tidak ramai hadir kali ini.
Kata Pengerusi Tabung Haji pula nampak ramai dalam gambar kerana ambil gambar dekat stesen keretapi kerana di situ orang ramai
Mereka semua terpaksa bercakap dan berkata sedemikian rupa kerana hendak sorokkan kebenaran hakiki iaitu Bersih 5 amat berjaya.
Pengundi akan ajar BN
Begitu juga mereka menyatakan ramai yang datang adalah bukan Melayu dan tidak kelihatan pun orang Melayu hadir
Kata pak menteri pulak gunalah saluran yang ada. Jika ada apa-apa masalah seperti di parlimen bukan dengan keluar di jalan raya berdemonstrasi
Pengundi akan ajar BN dalam PRU 14 nanti!
Mahathir dan legasinya
Akhirnya doa bekas Presiden Pas almarhum Fadzil Noor makbul bila mana Tun Mader dah sah jadi pembangkang kepada kerajaan BN pimpinan Najib
Dulu Tun yang naikkan Najib dan harapkan Najib gemilang terbilang seperti bapak dia Tun Razak
Pas konon matang
Pas berterusan memperlihatkan dirinya tak suka Pakatan Harapan dan rela bersendirian.
Tapi dengan parti serpihan Umno iaitu Ikatan, Pas sangat suka dan teruja lalu mereka tubuhkan blok baru, iaitu blok ketiga.