Kadang kala terasa perjuangan rakyat pasca pemecatan Anwar Ibrahim akan menjadi kenyataan dengan inspirasi perubahan total sekiranya tiada parti serpihan Umno ke-3 iaitu Bersatu
Melihat apa yang berlaku hari ini seperti dolak dalik pimpinan PH yang mempermainkan perjanjian asal Anwar PM dan Mahathir PM sementara. Ramai pimpinan PH berjaya diyakinkan Anwar belum dapat dilantik sebagai PM melainkan Mahathir sudah bersetuju.
Perubahan menyimpang?
Cara negara bergerak ke arah perubahan tidak selari dengan gagasan reformasi ketika dalam Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Harapan. Perubahan dilihat semakin menyimpang daripada perjuangan mengutuk kezaliman Mahathir dan gejala rasuah serta para pengantinya yang terpalit dengan rasuah.
Halangan untuk PH membawa perubahan kepada rakyat seolah-olah terbantut kerana keterlibatan bekas-bekas menteri Umno dalam Bersatu yang dilihat mengambil peranan Umno sekarang. Mahathir masih Mahathir yang dulu. Oleh itu PH mesti tegas segerakan langkah berani laksanakan konsensus lantik segera Anwar sebagai PM dalam 2020.
Umno tidak takut Bersatu
Umno tidak sesekali takut kepada Bersatu kerana mereka lebih mengenali siapa dalam parti itu. Umno pernah bersama-sama pemimpin Bersatu yang terpalit rasuah dan penyalahgunaan kuasa ketika berkuasa. Bersatu pula amat berani menerima pempinan korup Umno menyertai parti itu. Silap langkah PH akan kecundang pada PRU15 sepertimana viral dalam warga internet.
Ujian buat PKR
Dari Umno lahirnya Parti Keadilan Nasional yang didokong ABIM, JIM, IRC dan beberapa NGO lain, selain sokongan Pas. Kezaliman Mahathir mengaibkan keluarga Anwar yang difitnah dengan kes liwat melahirkan reformasi dokongan bersama Pas dan DAP.
Namun hari ini berlaku huru hara dalam PKR yang diketuai Timbalan Presidennya Azmin Ali. Ramai ahli dan pimpinan PKR terpesona dengan kekayaan team yang digelar sebagai geng kartel dikepalai Azmin
Ramai penyokong Azmin mendapat tempat dalam kerajaan PH dan tidak memberi banyak ruang kepada penyokong Anwar. Hal ini menjadikan persengketaan geng Azmin dan Anwar amat sukar diselesaikan meskipun pada mata rakyat kedua-dua pemimpin itu kelihatan mula berbaik-baik.
Amanah masih kurang ‘power’
Parti Amanah Negara atau Amanah yang dipimpin oleh bekas pimpinan utama Pas agak sederhana dalam gerakan politik mereka
Meskipun beberapa menteri dari Amanah masih baru namun tidak pernah mengalah dan kecewa sebaliknya berusaha mengembeling tenaga untuk kesejahteraan rakyat.
Cumanya kempimpinan Amanah tidak menonjol. Yang lebih mengecewakan lagi pemimpin utama tidak pernah memberi ‘dateline’ kepada Mahathir untuk bersara sebagaimana Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mengumumkan peralihan kuasa akan berlaku selepas sidang APEC, November 2020 dalam ucapan tahun barunya baru-baru ini.