KENYATAAN MEDIA: Himpunan aman BERSIH 4.0 yang akan diadakan selama 36 jam mulai jam 2.00 petang 29 Ogos hingga tengah malam 30 Ogos ini memerlukan penglibatan seluruh rakyat negara ini.
Oleh itu, Harapan Baru Negeri Perak mengajak seluruh rakyat di negeri ini bersama DAP, PKR, PSM, ABIM, IKRAM serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang lain turut melibatkan diri bagi menjayakan himpunan aman ini.
Himpunan Bersih 4.0 kali menuntut lima perkara untuk pihak kerajaan memenuhinya
* Pilihan raya bebas dan adil
* Sebuah kerajaan yang telus
* Hak untuk berdemonstrasi
* Mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen
* Menyelamatkan ekonomi negara.
Rakyat negara ini mempunyai hak untuk menyuarakan lima tuntutan tersebut dan menuntut pihak kerajaan melaksanakannya tanpa memberikan alasan yang tidak sewajarnya.
Sehubungan itu semua pihak termasuk parti-parti politik dan NGO serta rakyat negara ini sekali lagi diminta melibatkan diri agar himpunan Bersih 4.0 secara aman kali ini berjalan dengan baik dan jayanya
ABDUL RAHIM MOHD NOORDIN adalah PENGARAH KOMUNIKASI HB PERAK