Selepas PRU 14 suatu perkara yang menarik ditimbulkan netizen adalah mengenai kerugian Pas dalam sepanjang kempen PRU itu. Pas bertanding 158 kerusi, jumlah yang sangat tinggi oleh sesebuah parti pembangkang yang mengharapkan derma daripada ahli-ahlinya.
Apatah lagi kalah teruk pula di kawasan Pantai Barat Semenanjung. Sekiranya menang negeri mungkin Pas boleh berhujah elaun pada YB dipotong bayar hutang dan sebagainya.
Pas bertanding 393 kerusi DUN, kalah sebanyak 303 kerusi (peratus kekalahan: 77%). Manakala kerusi Parlimen, Pas bertanding 158 kerusi dan kalah 138 kerusi (peratus kekalahan: 87%).
Mengikut Akta Kesalahan Pilihan raya 1954 Perkara 19 (1) menyatakan:
Tertakluk kepada apa-apa kecualian sebagaimana yang dibenarkan menurut Akta ini, tiada wang boleh dibayar dan tiada belanja boleh dilakukan oleh seseorang calon dalam sesuatu pilihan raya atau oleh ejen pilihan rayanya, selepas tarikh notis mengenai pilihan raya itu disiarkan dalam Warta, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, kerana atau berkenaan dengan penjalanan atau pengurusan pilihan raya itu, yang lebih daripada:
(a) Dua ratus ribu ringgit dalam hal sesuatu pilihan raya bagi Dewan Rakyat; (b) satu ratus ribu ringgit dalam hal sesuatu pilihan raya bagi sesuatu Dewan Undangan;
Oleh kerana Pas tidak mendedahkan perbelanjaan pilihan rayanya, maka netizen mendakwa anggaran kos perbelanjaan kasar PAS jika mencapai had maksimum dibenarkan SPR adalah seperti berikut:
Untuk Kerusi DUN:
(RM100,000 x 393 kerusi) + (Deposit Pilihanraya RM5,000.00 & Bahan Kempen RM3,000.00 untuk 393 kerusi: RM3,144,000.00) = RM42,444,000.00 atau RM42.4 juta
Untuk Kerusi Parlimen:
RM200,000 x 158 kerusi) + (Deposit Pilihanraya RM10,000.00 & Bahan Kempen RM5,000.00 untuk 393 kerusi: RM5,895,000.00) = RM37,495,000.00 ATAU RM37 juta
Maka jumlah kasar keseluruhan yang dibelanjakan oleh PAS sebanyak RM79,939,000.00 atau RM80 juta.
Nota tambahan: jika PAS membelanjakan 50% daripada had maksimum mengikut akta had maksimum SPR maka jumlah perbelanjaan menjadi RM52,389,000.00 atau RM52.3 juta
Manakala jumlah kerugian yang ditanggung kerana kekalahan di kerusi Parlimen dan DUN adalah seperti berikut:
Untuk Kerusi DUN:
RM100,000 x 303 kerusi + (Deposit Pilihanraya RM5,000.00 untuk 303 kerusi: RM1,515,000.00) = RM31,815,000.00 atau RM31.8 juta
Untuk Kerusi Parlimen:
RM200,000 x 138 kerusi + (Deposit Pilihanraya RM10,000.00 untuk 138 kerusi: RM1,380,000.00) = RM28,980,000.00 atau RM28.9 juta
Maka jumlah kerugian maksimum secara keseluruhannya berjumlah RM60,795,000.00 atau RM60.8 juta
Sehingga hari ini Pas masih tidak mendedahkan sumber perolehan perbelanjaan PRU. Oleh yang demikian, netizen mendakwa angka di atas mungkin benar atau sebaliknya.
Sebelum ini, bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar pernah menganggarkan Pas memerlukan kira-kira RM34.4 juta bagi bertanding kesemua kerusi yang ditandinginya.
Persoalan utama: Dari manakah Pas mendapat wang sebanyak itu untuk bertanding?