Apabila mengamati dan menganalisa sidang akhbar Ismail Sabri Yaakob yang mengumumkan 31 orang ahli parlimen UBN menyokong Mahiaddin Yassin sebagai perdana menteri, saya sudah katakan ia tidak memberi signifikan apa-apa.
Yang berlaku dengan sidang akhbar itu membongkarkan angka-angka yang misteri sebelum ini tetapi terdedah dengan diadakan sidang berkenaan. Tindakan sidang akhbar itu sebagai sokong membawa rebah kepada Mahiaddin.
Musykil dalam kepala saya siapakah yang menasihati Ismail agar membuat sidang akhbar itu dan juga memanipulasikan senarai kehadiran sebagai senarai sokongan? Yang kelihatan kalut semasa sidang akhbar tadi ahli Parlimen Ketereh (Annuar Musa), Arau (Shahidan Kassim) dan Pandang Rengas (Nazri Aziz).
Apabila senarai itu dinafikan oleh ahli Parlimen Tanjung Karang (Noh Omar) dan Baling – Bandar Baru (Abdul Azeez Rahim), Mail jadi kantoi. Kesian Mail.
Tidak fasal-fasal dia juga turut terpalit dengan PEMBOHONGAN dan PENIPUAN, sama dengan Mahiaddin.
Bukan itu sahaja selepas pengumuman itu juga ahli Parlimen Parit Sulong (Noriani Ahmad) pula meletak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi.
Jangan-jangan selepas ini ada lagi menteri mengambil tindakan sama.
Ismail kena tanggung beban dan bahana atas dengar nasihat si keparat yang pelahap itu yang telah meletakkan dia di persimpangan jalan mati dan jalan bertol. Itulahlah kalau hendak bermain guli mesti tahu kira lubang dan arif melontar guli ke lubang, jika tidak baik duduk tepi jadi penonton saja. Selamat dari sakit dan malu. Trims.