KAHERAH: Hari ini telah bermulanya proses pembuangan undi buat lebih 50 juta rakyat Mesir dalam memilih Presiden Mesir pertama kali setelah kejayaan revolusi 25 Januari yang lalu. Proses pengundian tersebut akan berjalan selama 2 hari bermula pada hari ini. Seramai 13 senarai calon akan bertanding. Empat calon yang popular setakat ialah Dr Mohammad Morsy, Dr Mon’im Aboul Futuh, Hamdin Sobahi dan ‘Amru Musa.
Para hakim yang telah diikitiraf akan digunakan bagi menyelia proses pengundian yang telah dilantik oleh Suruhanjaya Pilihanraya. Bagi menjaga keamanan dan keselamatan setiap tempat pengundian, puluhan ribu orang yang terdiri dari kalangan anggota tentera dan polis telah dikerahkan untuk berkawal dalam tempoh dua hari ini.
Sementara itu, pihak kerajaan Mesir telah mengumumkan bahawa hari ini sebagai hari cuti bagi sektor kerajaan dan penjawat awam bagi seluruh Mesir.
Di dalam keratan surat khabar Al-Ahram hari ini, didalam salah satu bahagian mengatakan bahawa, “Sesungguhnya Mesir memerlukan kepada Presiden yang memiliki kemampuan untuk mentadbir kerajaan dengan baik dan mampu membuat keputusan dengan tepat di dalam pelbagai situasi, tidak kira negara dalam keadaan aman atau peperangan, ancaman dalaman atau luaran, dan juga dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Presiden juga perlu memiliki visi ke depan, memartabatkan pelaksanaan undang-undang dan keadilan serta membawa kepada kestabilan di dalam setiap lapisan masyarakat menerusi pembangunan negara yang moden dan berperadaban tinggi.”
Sumber: Al-Jazeera