Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke -12 tahun 2008, tsunami politik yang telah melanda Negeri Perak khasnya antara penyumbangnya ialah kelangsungan amalam kronisme yang diamalkan oleh pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) ketika itu.
Walaupun tidak dapat dilihat dengan nyata oleh kerana kekurangan maklumat yang disalurkan, maka dilihat umum bahawa BN Perak ‘bersih’ tanpa amalan kronisme dan walaupun ada yang dilihat sendiri oleh kakitangan kerajaan ketika itu tanpa didedahkan.
Tetapi kini berbeza berikutan Pakatan Rakyat (PR) diberikan kesempatan mentadbir kerajaan negeri disamping hubungan baik dengan kakitangan kerajaan yang membolehkan beberapa fakta maklumat terhadap salah laku BN dapat didedahkan baru-baru ini.
Kini kami melalui Jawatankuasa Strategik dan Isu Badan Perhubungan PAS Negeri Perak tampil mendedahkan beberapa unsur kronisme yang masih diteruskan oleh pimpinan BN tanpa mengambil iktibar sejarah yang pernah berlaku.
Antara yang menimbulkan kontroversi adalah tentang pendedahan projek perhotelan di Rumah Perak, Batu Feringgi, Pulau Pinang yang dikaitkan dengan Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Pangkor yang begitu hangat diperkatakan.
Siapa ADUN Pangkor? ADUN Pangkor adalah Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir yang juga Menteri Besar Negeri Perak dimana Pegawai Khasnya bernama Asmadi Teh yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Umno Bahagian Lumut terlibat.
Al Creative Developers Sendirian Berhad ditubuhkan pada 1 Oktober 2004, ianya diketegorikan sebagai syarikat tidak aktif tetapi dikurniakan projek tersebut oleh Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) pada 26 Oktober 2011.
Asmadi Teh di lantik sebagai Pengarah Syarikat hanya pada 30 November 2010 dan memegang pegangan saham sebanyak 10,000 unit dan selebihnya dipegang oleh seorang lagi individu termasuk sebuah syarikat lainnya di dalamnya.
Projek perjanjian tersebut berdasarkan BOT (Build-Operate-Transfer) dimana pemaju akan diberikan konsesi selama 30 tahun bagi membina sebuah hotel enam tingkat bertaraf tiga bintang di Batu Feringgi dengan tiga fasa dipersetujui.
Fasa pertama ialah untuk 10 tahun pertama pemaju perlu membayar sebanyak RM190,000 setahun, fasa kedua ialah untuk 10 tahun kedua sebanyak RM194,500 setahun dan fasa ketiga iaitu 10 tahun ketiga pemaju perlu membayar sebanyak RM199,225.
Terdapat sebuah syarikat yang memegang saham sebanyak 60,000 unit selain seorang lagi pemegang saham sebanyak 30,000 unit adalah Elhan Haji Wan Hassan yang telah dilantik pada tarikh yang sama Asmadi iaitu pada 30 November 2010.
Kedudukan strategik Rumah Perak dimana ianya yang berhampiran pantai dibelakangnya yang penuh sejarah di zaman Kesultanan Seri Paduka Sultan Perak ketika itu Sultan Idris al-Mutawakkil Alallahi Shah ibni al-Marhum Sultan Iskandar Shah Kadasallah.
Kenapa Al Creative Developers tidak membangunkan tanah kosong disebelah Rumah Perak tersebut kerana ianya masih kosong untuk dibangunkan hotel di sana dan kenapa tidak hanya memberikan projek tersebut kepada syarikat di sana bagi permudah urusan?
Sudah tentu jika diberikan tender terbuka bagi projek tersebut akan meningkatkan lagi nilai projek tersebut yang sememangnya perlu bagi menambah nilai penggunaan dan tarikan yang boleh dimanafaatkan oleh Kerajaan Negeri Perak.
Atas beberapa faktor tersebut, kami tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 18 Disember 2012 di SPRM Perak setelah Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin mendedahkannya di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
Kami juga telah sekali lagi menyerahkan memorandum kepada Pesuruhjaya SPRM di Putrajaya pada 3 Januari 2013 bagi mendesak agar disegerakan siasatan bagi ‘membersihkan’ Datuk Seri Zambry kerana ianya secara tidak langsung memburukkan imej Perak.
Dengan dilihat beberapa ucapan pergulungan daripada Datuk Seri Zambry dan Datuk Hamidah Osman yang bertanggungjawab terhadap perlancongan semasa Sidang DUN Perak yang terakhir tersebut, kesemua persoalan yang diberikan telah terjawab dengan fakta-fakta yang ada.
Antaranya menyatakan bahawa syarikat yang lain di dalamnya berpengalaman di dalam menguruskan perhotelan sebenarnya bakal memakan diri, persoalan kembali kami kenapa tidak diberikan terus projek tersebut kepada syarikat yang dikatakan berpengelaman tersebut?
Seperkara lagi yang ingin kami pertegaskan, memang benar SSI dimana Lembaga Pengarah yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri ketika itu Datuk Seri Dr Abdul Rahman Hashim sebelum beliau bersara pada 28 Disember 2011 dimana projek ini telah ditandatangani.
Kami kembalikan persoalan penting ini, kenapa SSI tidak berikan tender terbuka? Adakah SSI tahu bahawa Al Creative Developers sebuah syarikat tidak aktif? Adakah SSI tahu, bahawa Asmadi adalah salah seorang Pengarah Syarikat tersebut?
Kami menanti laporan penuh daripada SPRM serta tidak ingin mendahului SPRM kerana isu ini melibatkan Menteri Besar Perak dan akan tetapi jika dinilai semuanya, adakah Datuk Seri Dr Rahman akan ‘dikambing hitam’ terhadap isu ini kerana sebelum kemasukan Datuk Abdul Puat Nayan?
Penulis adakah salah seorang Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu Badan Perhubungan PAS Negeri Perak selain bersama pasukannya yang terdiri daripada Salman Haji Saleh, Dr Ustaz Ahmad Nuri Al-Amin dan Safarizal Saleh.
Penulis juga adalah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia