Isu mengenai projek pembangunan semula Datum Jelatek kini menjadi bahan serangan oleh sekutu UMNO dalam memberi persepsi buruk terhadap agensi kerajaan negeri. Isu yang utama dalam hal ini adalah beberapa fakta yang menjadi bahan dakwaan adalah berpunca dari maklumat yang tidak lengkap, menyelewang dan salah faham.
Ini telah membentuk satu persepsi masyarakat mengatakan Datum Jelatek dijual sepenuhnya kepada kaum Cina sehingga menarik hak Bumiputera untuk memiliki aset ini.
Namun pada hakikatnya kesemua pembangunan yang dimajukan oleh PKNS, memiliki kuota yang melebihi kuota biasa 50%. Malah PKNS mensasarkan kuota sebanyak 70% kepada Bumiputera. Kuota ini juga termasuk dengan pembangunan Datum Jelatek.
Malah, rasional pembinaan projek di kawasan Keramat adalah dengan perancangan untuk mentransformasi blok pangsapuri yang sudah lama dan usang sudah dirancang sejak 10 tahun yang lalu.
Pembaharuan bandar yang sistematik dan terancang di Keramat diterima baik oleh semua terutama penduduk di pangsapuri kawasan itu.
Penduduk yang tinggal di pangsapuri yang kecil dan hanya memiliki dua bilik tidur itu amat gembira dengan inisiatif pembangunan semula kawasan itu. Mereka berpuas hati dengan pampasan yang diterima dengan tangan yang terbuka dan kini mereka menetap di rumah baru yang lebih selesa.
Berhubung dengan pampasan yang diterima penduduk pangsapuri di Keramat itu, sejumlah pampasan yang bernilai RM25 juta adalah antara bayaran tertinggi yang pernah dibayar. Penduduk pangsapuri menerima tiga kali ganda nilai rumah pangsapurI mereka iaitu RM250,000 jika dibandingkan dengan penilaian profesioanal nilainya hanyalah RM70,000 seunit manakala RM500,000 seunit bagi lot kedai. Jumlah ini diterima baik oleh pemilik pangsapuri itu sendiri.
Manfaat ekonomi yang diterima oleh pemilik pangsapuri itu turut menguntungkan penduduk di sekitar Keramat kerana melalui pembagunan semula bandar ia bukan sahajameningkatkan nilai hartanah penduduk setempat malah gaya hidup yang lebih baik dengan menetap di kediaman yang lebih selesa di kawasan pinggir bandar yang lebih tenang.
Berkaitan dengan dakwaan bahawa pembangunan ini hanya dijual kepada pelabur Cina, pada hakikatnya Datum Jelatek mengalu-alukan serta memberi reaksi baik kepada pelabur yang berminat terhadap pembangunan ini, kumpulan pelabur yang berpotensi ini terdiri dari negara Timur Tengah, Singapura serta China.
Perhatian yang serius turut diberikan kepada pelabur jangka masa panjang yang serius dan bukannya kepada spekulator jangka masa pendek.
Malah, fakta tambahan yang perlu diketahui mengenai pembangunan semula projek ini adalah
tanah di kawasan ini dibeli oleh PKNS dengan nilai pasaran yang kemudian dibayar dengan jumlah premium yang besar. Sehubungan itu, pembagunan semula kawasan ini bukan sahaja memanfaatkan penduduk pangsapuri malah kepada kerajaan negeri juga.
Kerajaan negeri kemudian akan menggunakan keuntungan ini untuk menyalurkan bantuan yang akan menguntungkan semua pihak.
Pembangunan semula juga sejajar dengan matlamat kerajaan untuk memperbaharui bangunan usang di kawasan bandar.-KLdaily.com