Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid mendakwa perumahan TLDM di Lumut tidak disenggara dengan baik, menyebabkan kematian isteri seorang anggotanya.
Menurut sumber berita, isteri anggota TLDM itu koma selepas lif yang dinaikinya di rumah kelamin kem TLDM Lumut tiba-tiba tidak berfungsi dan jatuh dari tingkat lima.
“Ada cerita sedih berlaku. Lif rosak dan jatuh. Orang Manong, seorang wanita – anak tiga orang. Isteri kepada Laskar Kanan Pancaragam. Meninggal dunia malam tadi (15 Februari),” kata Imran.
Lebih menyedihkan, difahamkan mangsa sedang mengandung dan koma semenjak dimasukkan ke Hospital Manjung sebelum meninggal awal pagi 16 Februari
Ulasan dipetik dari laman sosial facebbok mengkritik penggunaan duit berbillion ringgit untuk membeli kapal selam yang komisennya hanya untuk menyenggara kemewahan Najib dan Rosmah.
“Kenapa tak gunakan duit itu untuk menyelenggara kemudahan penghuni TLDM.? Sangat terkilan dan sedih dengan kejadian yang menimpa mangsa,” tulis seorang pelayar facebook.
Menurut Imran, berikutan insiden itu, anggota TLDM di dalam kem berada dalam tekanan.
“Sekarang bila berlaku insiden ini, masing-masing menuding jari – kurang senggaraan, duit senggaraan habis, lif tak disenggara. Mana perginya (duit)?, soal Imran
“Kita serahkan kepada kepada Panglima TLDM dan Kementerian Pertahanan. Kita nak tengok (tindakan),” katanya.
Suara Keadilan dan Keadilandaily.com sebelum ini juga pernah mendedahkan kedaifan perumahan polis di Kem Briged Tengah (PGA) Pasukan Gerakan Am di Cheras.