Barisan Nasional tidak ‘gentleman’ kerana tidak membuat liputan konvensyen Pakatan Rakyat, namun secara langsung menyiarkan pelancaran manifesto selama sejam di saluran TV1, TV3, ntv7, Astro Awani dan TV Al-Hijrah.
“BN kalau nak tanding, tandinglah secara ‘gentleman’. Kena ada l’evel playing field’ (padang sama rata), akses media, ruang untuk bertemu rakyat dan peluang untuk menerangkan manifesto.
“Lagi pun media yang digunakan ialah media milik rakyat, yang ditampung oleh wang pembayar cukai. Tidak boleh ada keistimewaan, Media kena neutral,” kata Dr Maszlee Malik, pensyarah Kuliyyah Ilmu Wahyu & Sains Kemanusiaan, UIA.
Menyifatkan rakyat sebagai ‘hakim’, Maszlee berkata, sebarang ‘perbicaraan’ perlu berdasarkan bukti-bukti yang dikemukakan.
“Macam pendakwa raya dengan peguam bela. Kena bawa bukti. Kalau dengar sebelah pihak sahaja, macam mana hakim nak buat keputusan adil?, soal Maszlee.
“Nak bercakap sejam, cakaplah. Tapi beri ruang pada orang lain untuk bentang manifesto.. dan lagi baik kalau ada debat,” kata Maszlee menegaskan debat politik bukannya semata-mata budaya Eropah, tetapi diamalkan negara demokrasi diseluruh dunia.
“Debat politik kini diamalkan di Mesir, sebelum pilihan raya terbaru. Di Indonesia debat calon Gabenor Jakarta. Malah, Kenya baru-baru ini pun adakan debat Presiden mereka yang pertama.
“Bila ruang dan padang sama rata tidak ada, terbukti pihak BN tidak ‘gentleman’,” tegas Maszlee.
(Visited 112 times, 1 visits today)