Pemantau Bersih 2.0 mendedahkan wujud sogokan wang tunai RM6 juta dan hadiah komputer riba (laptop) melalui agensi kerajaan kepada Ketua Daerah dan ketua-ketua kampung di DUN Sook dan Nawaban dalam parlimen Pensiangan, Sabah pada PRU 13 lalu.
Kata sumber itu, RM6 juta dibahagi kepada dia pihak, kepada Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Umno yang mengagihkan kepada Ketua Daerah dan ketua-ketua kampung pada 3 dan 4 Mei 2013.
“Ketua kampung diberikan RM10,000 hingga RM20,000, manakala Ketua Daerah sehingga RM40,000.” kata sumber berkenaan.
Antara rasuah lain ialah dorongan untuk mengundi BN dengan tawaran penyelesaian isu tanah.
(Visited 226 times, 1 visits today)