Walaupun Mahfuz tewas dalam pemilihan Naib Presiden PAS semalam namun dengan ketokohan beliau maka susunan saf tambahan dalam hiraki PAS memungkinkan PAS akan melantik semula Mahfuz sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat yang sebelum ini pernha disandang beliau.
Dalam ucapan penggulungan semalam Mahfuz yang tewas tipis berkata beliau akan tetap membantu PAS biar pun tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam parti.
mahfuz adalah calon paling layak untuk jawatan penerangan berikutan kemahiran spin politik yang hebat dan tidak dimiliki pemimpin PAS lain. ketika beliau menjadi Ketua Penerangan pada 1990an dahulu Mahfuz berjaya menyelesaikan dengan baik sebarang isu yang berbangkit dalam PAS, mahu pun serangan media ke atas PAS.
Mahfuz juga mempunyai keupayaan memperbaiki hubungan antara PAS dan Pakatan Rakyat dan antara pemimpin PAS paling kuat menyokong usaha tahaluf siyasi.