Nik Abdul Aziz Nik Mat
Tengah hari tadi saya dimaklumkan bahawa Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Tuan Guru Dato Harun Taib sedang kritikal, dan sebentar tadi saya dikejutkan pula dengan berita kembalinya beliau ke rahmatullah.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat yang berterusan ke atas roh beliau. Sesungguhnya Almarhum merupakan tokoh yang banyak berjasa khususnya di dalam memimpin Dewan Ulama Pas Pusat. Almarhum sempat bersama-sama saya di dalam saf kepimpinan Dewan Ulama semasa saya memikul tanggungjawab sebagai Ketua Dewan Ulama Pas Pusat dahulu.
Saya sifatkan pemergiannya sebagai satu kehilangan besar kepada Pas. Semoga Allah SWT merahmati para ulama yang telah pergi dan menggantikan mereka dengan barisan ulama yang tidak kurang hebatnya untuk memikul amanah tanggunggjawab memimpin Parti Islam Semalaysia (PAS), Insha Allah.