Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pejabat Tanah merobohkan gerai di Taman Beringin dibantah oleh PKR Cabang Batu. Menurut pegawai khas ahli parlimen Batu, Rozan Azen tindakan itu telah menyempitkan punca pendapatan pengusaha gerai dan bengkel kereta di kawasan terbabit.
Katanya, DBKL sepatutnya memberi kebenaran sementara untuk berniaga di tapak berkenaan bagi kemudahan penduduk sekitar memberi keperluan harian dan membaiki kereta. Sekiranya DBKL ingin membangunkan kawasan tersebut para peniaga hendaklah diberi tapak gantian yang baru agar punca mendapatan mereka tidak terjejas.
Sekitar 10 keluarga hilang pencarian dan anak-anak muda hilang tempat belajar kemahiran baiki kereta akibat perobohan itu.