Nothing To Hide: Seloka Mahfuz Omar buat Najib yang mahu berunding dengan PAS. Tak tahu apa nak dirunding kalau banyak yang ‘dihide’ Najib!
Nun di bumi Kenyalang,
Berdegar-degar dia keriau
Dia ada darah pahlawan,
Walaupun dia diplomatik tetapi keturunan hulubalang,
Jangan dicabar jangan diasak
Dia sangat pantang,
Siapa yg sanggah akan kena sepak terajang.
Jumaat pagi pejabat dia buat Nothing 2 Hide ;
Kononya boleh tanya apa saja,
Semuanya all right ;
Dia boleh jawab semua soalan tanpa pakai slide ; 1MDB, PFI, Altantunya, GST boleh tanya inside/outside ;
Dia kata he has Nothing 2 Hide.
Tup ! Tup !
Datang org tua 90an ;
Nak tanya Pahlawan Bugis 2-3 soalan ;
Berak kapur Pahlawan Bugis bertebaran ;
Terus tak datang kata masalah keselamatan ;
1 dunia tahu- bukan pahlawan tetapi pondan !
Nukilan – Mahfuz Omar.
Ahli Parlimen Pokok Sena meminta pembaca menokok tambah seloka ini dengan iramanya…