KENYATAAN MEDIA: Merujuk kenyataan Dato’ Shafie Afdal Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bahawa pembelian banggunan Dudley International House tiada unsur harga dinaikan dan mengikut prosedur yang ditetapkan adalah mengelirukan dan satu percubaan untuk menyembunyikan perkara sebenar.
2. Sesuatu penipuan yang dilakukan akan dipastikan supaya dari sudut dokumen akan menunjukan tiada kesalahan dan penipuan yang dilakukan dan tiada pelanggaran prosedur.
3. Apa yang perlu dijelaskan ialah kenapa mara membayar harga yang lebih daripada harga pasaran, sama seperti kes Tabung Haji membayar harga tanah TRX pada 1MDB pada harga yang lebih tinggi dari harga pasaran dan melebihi harga asal yang dibayar olie 1MDB pada kerajaan. Sejarah juga berulang seperti yang pernah dilakukan oleh kerajaan membayar harga saham MAS kepada Tan Sri Tajudin Ramli melebihi harga pasaran pada waktu itu. Pernah Laporan Ketua Audit Negara melaporkan pembelian yang dilakukan agensi kerajaan termasuk MARA penuh dengan penipuan. Barang yang murah dibeli dengan harga yang tinggi.
4. Kini MARA sebagai agensi amanah untuk Bumiputra/Melayu sedang dilanda kes yang sama berlaku pada TH dan MAS. Mara yang lahir untuk membangunkan bumiputra/Melayu dalam bidang pendidikkan dan ekonomi kini sedang melalui krisis kepercayaan akibat dari isu ini. Jika tidak dipulihkan dan tiada pemantauan kepada pengurusan perbelanjaan dan perolehan tidak mustahil Mara akan mengalami krisis yang lebih buruk dan menggugat serta mengancam masa depan bumiputra khususnya orang Melayu.
5. Oleh kerana Mara sebagai agensi amanah bumiputra/Melayu dan isu bumiputra adalah perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, adalah wajar sekali lagi saya tegaskan perlunya Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat secara bebas demi memastikan perlindungan perlembagaan negara kepada bumiputra/Melayu terus terjamin.
Dato’ Mahfuz Omar adalah Ahli Parlimen Pokok Sena.