Tidak semena-mena walaupun belum lagi menjadi kenyataan perhimpunan yang bakal diadakan pada 9 Julai nanti namun pihak kerajaan persekutuan yang diterajui oleh Barisan Nasional telah bertindak dengan membelakangkan undang-undang dan perlembagaan.
Walaubagaimanapun Pakatan Rakyat tetap dikenali sebagai sangat BERSIH dan Bn pula boleh dikategorikan sebagai sangat KOTOR kerana telah menangkap rakyat tanpa sebab yang munasabah dan hanya kerana mereka mahu memBERSIHkan sistem pilihanraya dengan mengajak rakyat menyertai mereka menyerahkan satu memorandum kepada DYMM YDP Agong pada satu tarikh yang telah ditetapkan.
Bimbang dengan gerakan MERAH dan KUNING di negara jiran tidak berapa lama dulu maka BN pun telah merasai bahangnya akan kesan kejayaan BERSIH 2.0 nanti.
Melihat fenomena layanan pihak berkuasa melalui KDN, Polis dan sebagainya lagi alat-alat BN maka jelas bahawa rakyat terbanyak sangat menanti-nanti akan tibanya pilihanraya umum kali ke 13 bagi meletakkan BN di barisan pembangkang dalam parlimen Malaysia.
Seperti yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat Insya Allah satu jawatan khusus bakal diwujudkan bagi Mohd Najib bin Abdul Razak jika ditakdirkan beliau masih menang dan gagal mendapat majoriti untuk terus menerajui Putrajaya.
Kepada semua pendokong keadilan sejagat di Malaysia minta bersabar dan berdisiplin terutama menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 nanti. Biarlah pihak yang hendak menganggu demonstrasi itu yang bertindak gila dan amat bercita-cita untuk melihat negara hancur dan huru-hara dengan mengeksploitasikan keadaan yang aman dan damai nanti ketika diadakan perarakan rakyat ke Istana Negara.