Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan Kelantan memberi layan adil dan ikhlas terhadap Orang Asli, berikutan penahanan 48 aktivisnya di Gua Musang semalam.
Dalam satu kenyataan semalam, pakatan pembangkang juga memberi amaran kepada kerajaan negeri yang tindakan mereka dipantau teliti masyarakat umum dan antarabangsa.
“Kami menggesa kerajaan negeri bertindak dengan adil, tegas dan ikhlas dalam mempertahankan Orang Asli, dan membebaskan semua yang ditahan.
“Kerajaan negeri dan penangkapan pihak berkuasa terhadap Orang Asli akan terus dikritik semua.
“Kami yakin masih ada ruang untuk penyelesaian yang tidak memberi kesan kepada kedua-dua pihak, Orang yang Asli dan kerajaan Kelantan secara negatif.
“Adakah proses rundingan sudah sampai ke penghujungnya, yang memerlukan tindakan sedemikian rupa terhadap Orang Asli?” soalnya hari ini.Orang Asli Temiar di kawasan itu membantah aktiviti pembalakan di hutan mereka beberapa tahun kebelakangan ini.
Perkara itu menjadi teruk apabila masyarakat Orang Asli mula menyekat laluan keluar pembalakan sejak September dalam cubaan terakhir menghentikan aktiviti di Hutan Simpan Balah.