Tarikh keramat 23 Disember 2016 menjadi satu lagi persoalan antarabangsa, adakah resolusi 2334 yang diluluskan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendesak Israel menghentikan seluruh aktiviti di wilayah Palestin, termasuk Timur Baitul Maqdis akan diikuti oleh negara Zionis berkenaan.
Ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menggesa Malaysia menerusi Wakil Tetap Malaysia ke PBB mengusahakan satu tempoh khusus ditetapkan kepada Isreal bagi mereka mematuhi Resolusi 2334 disamping menghentikan serta merta kerja kerja pembinaan haram sekarang.
“Sekiranya arahan ini gagal dipatuhi, maka Malaysia perlu mendesak keahlian Israel di gantung dari PBB sebagai hukuman atas melanggari resolusi 181(II) dan 28 resolusi berkaitan keamanan disamping yang terkini iaitu resolusi 2334.
“Tindakan sekatan diplomatik, ekonomi dan perjalanan wajar dikenakan kepada Israel bagi memastikan mereka benar-benar insaf dan sedar atas kerja buat mereka
“Perlu diingat semenjak Israel menyertai PBB dengan bersyarat melalui resolusi PBB 181 (II), Israel telah melanggari 28 Resolusi badan dunia itu tanpa sebarang tindakan diambil kepada mereka. Kini sekali lagi Israel telah menyatakan mereka tidak akan tunduk dan akur kepada resolusi 2334.
5. Saya khuatir Resolusi 2334 akan menerima nasib yang sama seperti 28 Resolusi sebelum ini sebagai resolusi ‘gajah putih’ ke-29 untuk ‘VVIP Israel’,” kata Mahfuz dalam satu kenyataan.
Katanya lagi, tempoh mematuhi sekatan itu penting bagi memastikan air muka PBB dan nama baik anggota khususnya Malaysia tidak tercalar sebalin memperlihatkan Majlis Keselamatan PBB dan PBB masih relevan dikaca mata dunia.
“Jika tiada sebarang tindakan tegas dan hukuman yang keras ke atas Israel untuk mematuhi resolusi 2334, ini bermakna Majlis Keselamatan PBB dan PBB hanya ‘BONEKA’ Israel,” tambah Mahfuz lagi.