Batu Caves : Semua wanita digalakkan mengikuti program wanita yang dianjurkan oleh Pusat Komuniti Wanita (PKW) kata Masdiana Mohamad isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves dalam Majlis Hari Untukmu Wanita yang diadakan baru-baru ini di Dewan Serbaguna Kg Laksamana Batu Caves.
“Semenjak PKW ditibuhkan di DUN Batu Caves, berbagai program untuk kaum wanita diadakan bagi membantu golongan wanita untuk pertingkatkan ekonomi mereka sendiri tanpa mengharap pergantungan sepenuhnya pada suami mereka.
“Saranan ini bukan sahaja diberikan kepada golongan wanita yang bekerjaya tetapi buat semua golongan wanita yang status sebagai ibu tunggal. Kita amat menyambut baik saranan kerajaaan Negeri dimana Y,b Rodziah Ismail, Exco Kebajikan Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi yang menyaran agar kaum wanita harus belajar berdidikari tanpa mengharapkan sepenuhnya kepada suami.
“Kita tidak mahu apabila berlakunya penceraian golongan wanita ini merasakan seperti hilang punca untuk meneruskan kehidupan mereka sedangkan kerajaan negeri telah membuka pintu laluan untuk mereka pertingkatkan ekonomi mereka sendiri agar dapat meneruskan kehidupan yang lebih baik.
“Ini bersesuaian dengan terma Kerajaan Negeri sempena hari wanita ‘Wanita Berdaya Harapan Negara’,” katanya.
Menurut Masdiana lagi, kaum wanita harus memperkasakan institusi kekeluargaan dengan merapatkan hubungan yang menjadi renggang, sebagai isteri dan ibu, kita perlu pandai membahagikan masa untuk keluarga terutamanya penumpuan kepada anak-anak harus diberikan agar mereka tidak terumbang –ambing.
“Amat menyedihkan kita fenomena hari ini, masyarakat begitu sukar untuk menerima hakikat apabila anak-anak mereka diberi teguran apabila melakukan kesilapan. Sikap tersebut harus dikikis kerana siapapun kita perlu mengambil berat kehidupan masyarakat terutamanya jiran kita,” ujarnya.
Beliau yang juga merupakan penaung PKW Dun Batu Caves menyatakan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) Selangor melihat wanita merupakan aset yang begitu penting untuk membantu mempertingkatkan ekonomi negara dengan melibatkan wanita dalam semua program kemasyarakatan bagi memajukan diri mereka.
Kerajaan negeri juga sedaya upaya mengadakan berbagai program untuk wanita Selangor yang termasuk dalam agenda program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) antaranya menubuhkan One Stop Service Center (OSCC) bagi tujuan melindungi kaum wanita sekiranya mereka mengalami masalah ganguan seksual samada di Pejabat atau dimana-mana sahaja.
“Bahkan apabila berlakunya keganasan rumahtangga (OSCC) akan memberi perlindungan yang cukup rapi kepada mangsa. Mangsa perlu tahu ada undang-undang yang melindungi diri mereka di rumah jika suami melakukan perkara yang tidak elok keatas dirinya dengan memberi gangguan emosi, penderaan dan sebagainya.
“Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga telah memberi rawaan kesihatan percuma melalui program MammogramSel.
“Bagi membantu program wanita terus dilaksanakan dengan jayanya maka Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Batu Caves telah berbesar hati memperuntukkan sebanyak RM30,000 setiap tahun untuk program wanita di DUN Batu Caves kerana kita ingin melihat wanita terlibat dalam semua program tanpa megira umur, bangsa dan parti,” tambahnya.
Menurutnya, program yang diadakan untuk golongan wanita hanya dilakukan oleh kerajaan PR sahaja yang sebelum ini tidak pernah dilakukan oleh kerajaan terdahulu bagi menghargai wanita. Justeru itu saya harap golongan wanita dapat mewawarkan kepada semua golongan wanita mengenai tawaran-tawaran yang diberikan oleh kerajaan PR dengan mengikuti semua program yang dianjurkan oleh PKW dibawah kerajaan negeri Selangor.
“Kita bukan minta rakyat apabila mereka menyertai program PKW mereka seharusnya memilih dan menyokong kerajaan PR tetapi untuk melahirkan masyarakat yang sihat yang mengamalkan hidup bermasayarakat. Selepas itu mereka boleh fikir sendiri apakah keistimewaan yang mereka perolehi mengikuti program dibawah PR”, katanya.
Sementara itu, Khatifah Zamani Sulong, Ahli Majlis MPS ZOn 11 yang telah menyampaikan ceramah motivasi sempena Hari Wanita dimana beliau menekankan tanggungjawab sebagai isteri dan sekaligus ibu kepada anak-anak.
“Fenomena hari ini, ramai orang yang menjadi ibu kepada anak-anak tetapi mereka abaikan anak-anak dari sudut aspek pendidikan. Kebanyakkan ibubapa beri pendidikan kepada anak-anak dengan memberi pendidikan dunia sahaja tetapi pendididkan akhirat mereka abaikan. Sedangkan amatlah penting ilmu dunia dan akhirat dibekalkan kepada anak-anak.
“Ini pernah terjadi juga apabila satu kes dimana seorang ibu bertemu dengan dirinya sudah hilang punca untuk mendapatkan wang untuk meneruskan pengajian anaknya yang mendapat tawaran di luar Negara. Hampir kecewa apabila beliau tidak tahu bagaimana untu k mendapat bantuan kewangan sehingga beliau mengatakan kepada anaknya “lebih baik berhenti sahaja”. Itu bukan cara yang terbaik kerana mematahkan semangat anak untuk belajar.
“Jadilah ibu yang terbaik kepada anak-anak sentiasa menjadi dorongan kepada ahli keluarga,
“Bagi mengatasi masalah beliau, saya telah memaklumkan bahawa kerajaan negeri Selangor (PR) ada menyediakan bantuan IPT bagi membantu mereka yang berpendapatan rendah, dimana kerajaan negeri akan memberi wang RM1000 untuk pelajar-pelajar yang berjaya memasuki pengajian tinggi, dan saya juga meminta beliau mendapatkan bantuan Fisabillilah di Pusat Zakat Selangor (PZS) yang akan memberi bantuan pendidikan bagi mereka yang menyambungkan pengajiannya.
“Saya menyeru untuk diri saya juga dan semua wanita agar melengkapkan diri kita dengan ilmu yang cukup rapi bagi membina keluarga untuk melahirkan generasi solih untuk menerajui Negara ini dengan baik,” katanya.
.
Beliau juga meminta kepada semua kaum lelaki agar menghargai wanita kerana Nabi SAW amat menyayngi isteri-isterinya. “Wanita harus dihargai oleh setiap insan terutamanya oleh suaminya. Jangan jadikan isteri seperti bola sepak tetapi jadikan isteri sebagai bola ragbi yang memberi makna bahawa isteri itu perlu dikasihi dan disayangi bukan selepas dapat madu sepah dibuang”, katanya dalam ceramah motivasi sempena hari wanita.
Antara aktiviti pertandingan yang diadakan seperti pertandingan masakan kerabu mangga, agar-agar, gubahan hantaran, pertandingan mewarna kanak-kanak,pecah belon, Puzzle, Ceramah Hargai Wanita. Selain daripada itu dibuka gerai jualan dan khidmat kesihatan percuma.
Turut hadir bersama menjayakan Hari wanita ADUN Batu Caves, Y,B Amiruddin Shari, Ahli-ahli Majlis MPS Zon Batu Caves.