Tohmahan terhadap Timbalan Presiden PAS, Hj Mohammad Sabu yang berlanjutan seminggu selepas Hari Raya Aidifitri adalah pembunuhan kerektor yang keterlauan. Fitnah kononnya Mat Sabu bersimpati dengan komunis hanya merosakkan suasana berhari raya umat Islam Malaysia yang sepatutnya menggunakan kesempatan bertemu dan berziarah untuk bermaaf-maafan sesama berlainan parti, tetapi kerajuaan BN menggalakkan mereka terus bermusuhan, mengumpat dan mengutuk.
Media arus perdana bertanggungjawab penuh merosakkan suasana berhari raya tahun ini demi mematuhi arahan politik bagi mendapatkan sokongan orang Melayu menjelang pilihanraya umum ke-13.
Sekretariat Pakatan Rakyat dalam kenyataan bersama Dr Dzulkefly Ahmad ( PAS), Nik Nazmi Nik Ahmad, (KEADILAN) dan Liew Chin Tong ( DAP) mengecam sekeras-kerasnya polisi matlamat menghalalkan cara yang diamalkan oleh media BN tersebut. Menurut mereka, dakwaan yang memfotnah Mat Sabu adalah tidak benar sama sekali. Mereka juga secara tegas mengutuk putar-belit yang tidak bertanggungjawab oleh pimpinan Umno.
“Pertama sekali, Mat Sabu tidak sekali-kali menyebut tentang komunis ataupun PKM. Kedua, usaha beliau untuk menarik perhatian terhadap sejarah sebenar yang luas telah diputarbelitkan secara keterlaluan.
“Winston Churchill pernah berkata bahawa “sejarah ditulis oleh pihak yang menang” dan di Malaysia, bukan sahaja sejarah malah berita semasa juga ditulis mengikut skrip mereka yang berkuasa.
“Kami mempersoalkan naratif sejarah yang ditulis oleh ‘pihak yang menang’, yang dalam kes ini ditulis oleh Kerajaan Umno-BN dan perkakas propaganda mereka. Kami mengkritik usaha sistematik berdekad-dekad lamanya dalam ‘memalsukan’ sejarah Malaysia, agar memperlihatkan hanya sumbangan Umno dan sekutu mereka sahaja yang diiktiraf sementara sumbangan dari nasionalis dan pejuang kemerdekaan lain dipadamkan,” kata mereka dalam satu kenyataan media.
Mereka juga mengkritik pemimpin Umno-MCA- MIC yang merelakan tokoh nasionalis yang berlainan parti ditahan di bawah oleh ISA ketika sebelum merdeka. Malah Perikatan ketika itu tidak mengiktiraf pun parti-parti yang terlebih awal dalam memperjuangkan kemerdekaan juga tidak langsung mahu bekerjasama dengan parti-parti itu berjuang bersama-sama.
“Bagaimana dengan pertubuhan dan gerakan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)? Mereka merupakan peneraju sebenar aktivisme politik Melayu. Kita juga mempunyai Perlembagaan Rakyat yang terhasil 10 tahun sebelum Merdeka oleh Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA).
“Usaha PUTERA-AMCJA ini bukan sahaja suatu catitan penting bersejarah malah merekalah pakatan politik pelbagai kaum pertama negara.
“Harus diingat perjuangan kemerdekaan bukanlah usaha Perikatan semata-mata. Perjuangan murni ini berlangsung di pelbagai medan dan lapangan, dipimpin pelbagai tokoh dan menerusi pelbagai cara. Bukankah pengorbanan tokoh-tokoh menentang penjajah seperti Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Tok Ku Paloh dan ramai lagi juga mesti disertakan?
“Tetapi pemimpin Umno tidak mampu menerima kepelbagaian ini. Sejarah yang ditulis Umno hanyalah satu versi yang tiada ruang untuk berbeza pandangan.
“Hakikatnya, jika kita membaca sejarah Malaysia menerusi tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin, Boestamam, Pak Sako dan lain-lain lagi kita akan mendapati kisah aktivisme sosial, pejuangan kebangsaan, anti-kolonialisme dan kemudian ketakutan institusi dan penindasan yang menyaksikan mereka dan ramai lagi ditangkap dan ditahan di bawah ISA oleh Kerajaan Perikatan / BN setelah difitnah, antara lain, menjadi talibarut komunis,” kata mereka lagi.
Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat tetap menyatakan pendirian menyokongh Mat Sabu dalam argumentasinya dan meminta sejarah yang ditenggelamkan oleh Umno-BN berkenaan tokoh-tokoh pejuang kiri kemerdekaan turut diiktiraf dan dimartabatkan sebagai wira menentang penjajah.
“Buku-buku sejarah kita bukan sahaja kehilangan satu atau dua bab, tetapi satu sejarah yang selari tetapi telah berjaya dipadamkan daripada rekod rasmi negara.
“Jelas Umno mempunyai kepentingan untuk mengekalkan versi sejarah mereka memandangkan ini menjadi asas kepada pemimpin serta kekuasaan mereka, malah menutup tipu-helah mereka untuk menindas pihak lawan dan penentangan sah setelah lima dekad berkuasa.
“Sekali lagi kami menegaskan bahawa Mat Sabu tidak salah dalam usaha mempersoalkan persepsi yang wujud tentang sejarah negara. Yang menjadi kesalahan ialah hakikat bahawa rakyat Malaysia telah dimanipulasi sekian lama oleh perkakas propaganda Kerajaan Umno-BN,” akhiri kenyataan itu.