SEORANG AJK PAS Dun telah menyatakan dalam satu majlis bahawa Dr Hasan Ali difitnah oleh orang PAS sendiri.
Individu atau ahli PAS sebegini banyak terdiri dari mereka-mereka yang telah mendapat manfaat dari kehebatan Dr Hasan Ali selaku Exco kerajaan Selangor.
Ahli-ahli PAS sebegini begitu yakin bahawa Dr Hasan tidak seperti yang dilaporkan oleh akhbar utusan atau berita TV milik Umno.
Terbaru terdapat kabar membayangkan Dr Hasan Ali akan mengetuai kerajaan Selangor selaku Menteri Besar kerana yakin Sultan Selangor merestuinya.
Begitu juga jika benar Dr Hasan Ali berpihak atau mesra Bn sebagaimana pendedahan Setiausaha Agung PAS yang mana Hasan Ali berjaya diperdayakan oleh agenda Umno demi mereka mahu mengekalkan kuasa dan Bn bersama Umno merestui Hasan dilantik sebagai MB baru jika Bn berjaya memperolehi majoriti dalam PRU 13 nanti.
Agenda aqidah Islam dan bangsa Melayu akan lebih mantap dan terbela jika Hasan Ali mengetuai kerajaan Selangor akan datang. Gejala murtad nanti akan semakin kurus kerana dibawah pimpinan Hasan Ali gerakan Kristian akan diperangi habis-habisan dengan restu kerajaan Pusat UmnoBn nanti.
Terpulanglah sekarang kepada ahli-ahli PAS atas dan bawah untuk menilai pemimpin seperti Dato Dr Hasan Ali yang sentiasa menangis ketika berdoa dan berkhutbah dan keinginan beliau untuk terus memperjuangkan aqidah Islam walaupun terpaksa berada diluar parti.