Telah 3 tahun Umno-BN Perak memerintah semenjak rampasan kuasa pada 2009. Namun keadaan hidup penduduk Perak yang pernah cuba ditingkatkan oleh kerajaan pakatan rakyat sebelum nya tidak berjaya diperbaiki oleh petandiran MB zambry kadir
Situasi itu ditegur oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah ketika Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak baru-baru ini.
Setiausaha, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak Salman Haji Saleh berkata kemiskinan yang ditegur sultan melambangkan kegagalan mutlak Umno-BN. Oleh itu rakyat Perak wajar menukar kembali kerajaan BN kepada PR pada pilihanraya umum akan datang.
“Dewan Pemuda PAS Negeri Perak yakin intipati titah Seri Paduka Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ketika Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak di Masjid Raudhatul Mardhiah yang terletak di pekan Parit baru-baru ini memberi ingatan kepada Umno-BN agar pemusatan kekayaan perlu dielakkan demi mengukuhkan institusi masyarakat. Ianya adalah sebahagian daripada tuntutan Agama Islam amat bertepatan dan amat disokong sama sekali.
“Titah Sultan Azlan Shah perlu diambil kira secara positif kerana pemusatan kekayaan adalah satu amalan yang merosakkan institusi masyarakat dan perlu dihindarkan. Sudah tentu intipati titah tersebut bersempena sambutan Maulidur Rasul kali ini penting berikutan banyak pendedahan isu pemusatan kekayaan oleh kepimpinan negara dan yang terbaru adalah berkaitan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
“Bagi kami, amalan yang melibatkan kekayaan peribadi, keluarga dan kelompok dalam pemerintahan adalah satu penyakit di kalangan pemerintah.
“Kami juga yakin titah Sultan Azlan Shah perlu diambil ikhtibar oleh pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) Negeri Perak khususnya. Ini kerana pemusatan kekayaan mereka jelas dapat dilihat dan masyarakat juga boleh melihat perbezaan dengan rakyat marhein yang dihimpit dengan kemiskinan. Kewajaran agar pemusatan kekayaan ini perlu diubah kerana masih banyak lagi rakyat yang mengalami kesempitan dalam kehidupan harian mereka!” tegasnya.