Tindakan Datuk Seri lajim Ukin dan datuk seri Wilfred Bumburing meninggalkan BN dan menubuhkan perikatan politik yang bersekutu dengan Pakatan Rakyat dialu-alukan oleh Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong.
Wong yang juga ADUN Seri Tanjong berkata, tindakan kedua-dua tokoh itu akan memberi satu perubahan politik yang radikal di Sabah.
“DAP mengalu-alukan tindakan kedua-dua mereka. Tindakan mereka akan mengubah landskap politik Sabah
“Sabah selepas ini bukan lagi deposit selamat BN,” katanya.
Katanya, kebimbangan dibuktikan melalui respond dari majlis tertinggi Umno dalam isu tersebut yang dicabar oleh lajim untuk memecat beliau
“Pemimpin UPKO pula memilih untuk menyepikan diri dalam isu itu selepas dua hari Wilfred Bumburing melancarkan Angkatan Perubahan Sabah (APS)
“DAP Sabah menyokong gerakan dua ahli parlimen ini dan telah menghantar setiausaha DAP negeri Dr Edwin Bosi setiausaha media negeri Chan Foong Hin menghadiri pelancaran APS dan PPS pada Ahad lalu,” katanya.
DAP juga katanya menyokong kenyataan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim yang mengalu-alukan sesiapa sahaja atau mana-mana pihak untuk turut serta bergabung bersama PR membawa perubahan ke atas Sabah