Dewan Pemuda PAS Negeri Perak merasakan tindakan MCA menolak semua jawatan di dalam kerajaan pada semua peringkat khasnya di Negeri Perak merupakan tindakan meneruskan protes terhadap Umno. Terbaharu, mereka bertindak menolak lantikan jawatan Ketua Kampung Baru.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata tindakan tersebut merupakan protes yang dilakukan oleh MCA berikutan hanya menang satu kerusi sahaja daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13, 5 Mei yang lalu.
“Kami melihat protes yang dilakukan oleh MCA adakah kemuncak apabila keputusan PRU 13 yang lalu tidak berpihak kepada mereka sebaliknya menguntungkan Umno semata-mata. Sudah tentu isu-isu yang dimainkan oleh Umno dan juga kumpulan yang menyokong Umno merugikan MCA yang bersama Komponen Barisan Nasional (BN). Ianya telah memberikan keuntungan kepada DAP khasnya dan Komponen di dalam Pakatan Rakyat (PR) amnya.
“Sudah tentu isu perkauman secara jelas merugikan MCA di Perak khasnya dan oleh kerana PR menolak cara Umno memainkan isu perkauman pada PRU 13 yang lalu. Bagi kami juga, jika Umno masih meneruskan memainkan isu perkauman ini akan menyumbang kepada MCA untuk terus tewas dan kalah pada PRU yang akan datang. Ini apabila Umno memainkan isu perkauman terutamanya terhadap DAP, ianya secara tidak langsung terpalik terhadap MCA.
“Oleh kerana MCA di dalam Komponen BN bersama Umno, ianya telah menjejaskan kemenangan untuk MCA di masa akan datang khasnya. Ianya secara tidak langsung memberikan keizinan kepada Umno memastikan MCA akan terus tewas pada PRU. Kami, komitet menolak isu perkauman yang dimainkan kerana Islam tidak mengizinkan dan kami yakin mampu menang dengan pegangan kuat kami dengan cara Islam selama ini,” katanya.