Ketidaklayakan Anwar Ibrahim memberikan banyak hikmahnya oleh ALlah SWT.
Dengan penuh yakin Majlis Presiden Pakatan Rakyat dan seluruh kepimpinannya menamakan pengganti kepada Anwar iaitu isteri beliau yang juga Presiden PKR sendiri Wan Azizah Wan Ismail yang juga mantan Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Sokongan padu pengundi Kajang bakal berulang di sana setelah sebelum ini Pakatan Rakyat melalui PKR telah memenangi lebih 6000 majoriti di sana.
Bahkan kali ini menurut penganalisis bahawa PR melalui calonnya yang sangat disegani dan disayangi rakyat akan mendapat mejaoriti yang jauh lebih baik daripada PRU 13 lalu.
Kemenangan Kajang nanti diharap dapat merungkai beberapa ‘perselisihan dan pertikian’ dalam kerajaan PR di Selangor. Spekulasi yang menyebut penerusan penggantian MB Selangor berjalan seperti yang dirancangkan juga meskipun bukan Anwar yang akan menang di Kajang.