Konvensyen pertama Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menyaksikan kehadiran semua pemimpin utama dalam Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Pempimpin kanan pakatan pembangkang yang hadir Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad, Penasihat/Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang berada di pentas utama bersama kepimpinan negeri parti Amanah.
Turut hadir Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Pengerusi Bersih 2,0 Maria Chin Abdullah, Dr Nasir dari Parti Sosialis Rakyat Malaysia aktivis sosial Hishamuddin Rais, Datuk A Samad Said dan Datuk Zaid Ibrahim.
Setiausaha Parti Amanah Negara Mohd Anuar Tahir menyampaikan ucapan aluannya pada jam 9.50 pagi.
Beliau mengucapkan terima kasih dengan kehadiran Dr Mahathir katanya, jika tempat lain tidak diberikan kerusi tetapi di konvenyen parti amanah tiada kesipuan untuk Tun kita sediakan kerusi di sini untuk Tun dan isteti dikasihi, katanya yang mendapat tepukan gemuruh dikalangan perwakilan.
Beliau turut memberitahu Presiden Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak dapat hadir dalam konvensyen hari ini kerana mengiringin suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat keizinan Jabatan Penjara untuk membenarkan menziarahi adiknya Rosli Ibrahim yang kini sedang sakit di Hospital Selayang pagi ini. Justeru PKR hari ini diwakili Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, laungan Reformasi berkumandang beberapa kali.
Anuar memberitahu kini Amanah mempunyai 154 kawasan dan 100 cawangan seluruh negara. Beliau mengucapkan terima kasih kepada penggerak kerjasama Amanah dan penyokong parti-parti pakatan pembangkang terhadap penubuhan Amanah sejak lebih setahun lalu. Malaysia dateline