Penasihat Umum Amanah Ustaz Ahmad Awang berkata ada pihak ayng terlalu sukar menyebut Amanah “Pan” jika dalam bahasa Inggerisnya disebut “kuali” dan “Pan” dalam Arabnya bermakna “hancur musnah’ . Sejak penubuhan Amanah membuktikan jati diri ketabahan dan kekuatan iman dalam perjuangan teruskan usaha menegakkan keadilan untuk negara menentang kezaliman dan penindasan seluruh rakyat inginkan negara ini menikmati rahmat Allah.
Sebagai sebuah negara merdeka, ujarnya, Amanah lahir teruskan jihad perjuangan bersama dengan rakyat melalui Pakatan Rakyat dan bertukar kepada Pakatan Harapan.
Beliau bersyukur menyaksikan seluruh pimpinan semua peringkat hadapi ujian, fitnah, tohmahan, tuduhan buruk ke atas pimpinan parti Amanah sejak ditubuhkan.
Kata beliau lagi, ada yang kata Amanah parti pengkhianat yang halal darahnya, untuk menjatuhkan hukuman pimpinan Amanah dengan fatwa mereka yang kemudian menjadi pegangan dikalangan pengikut mereka yang taksub.
Beliau bersyukur Amanah didokong semua warga negara. sebahagian mereka bukan beragama Islam boleh sama berdiri dan duduk dengan mereka yang beragama Islam kerana mereka bersedia menjadikan Islam sebagai pegangan membawa rahmat.
Beliau juga yakin dengan kehadiran Dr Mahathir dan Pakatan Harapan benar-benar mampu mencapai harapan rakyat Malaysia untuk mendapatkan hak sebenarnya sebagai sebuah negara merdeka yang mana rakyat tertekan dengan tekanan ekonomi dan politik. Ini kerana apabila sistem demokrasi digunakan untuk menjalankan pemerintahan ‘kuku besi’ kerana ada sebahagian rakyat berasa senang dengan sedikit ‘dedak’ yang diberikan yang tidak memberikan kesan apapun melainkan tipu daya ujarnya.
Justeru katanya lagi, dengan bekas perdana menteri 22 tahun tiada siapa pertikai Umno-BN mesti ditentang dan ditumbangkan.
“Parti pembangkang mesti bersatu dalam hanya satu pakatan. Kita tidak mahu dua tiga atau empat pakatan. Oleh itu konvensyen kali ini beliau percaya akan diikuti mesyuarat pakatan harapan akan m emastikan parti pembangkang boleh bersatu. Apabila bersatu bersatu pakatan harapan akan benar-benar rakyat juga boleh bersastu hadapi Umno-BN,” ujarnya.
Presiden Mohamad Sabu sedang menyampaikan ucapan pada jam 10.30 pagi ini dan berakhir jam 11.45 pagi ini. Beliau merasmikan Konvensyen Pertama Amanah dengan disusuli tayangan video.
Kemudian acara di teruskan dengan Penyerahan Dokumen Rahsia Gerakan Politik Islam Kontemporari Generasi Kedua yang disampiakan Pengarah Pilihan Raya Dr Dzulkifli Ahmad kepada Presiden Mohd Sabu yang diiringi Setiausaha Agung Anuar Tahir.
Majlis diteruskan dengan penyampaikan beberapa ANUGERAH pencapaian terbaik yang diserahkan oleh Presiden Amanah Mohamad Sabu sebagai mengakhiri majlis perasmian Konvensyen Amanah Pertama hari ini.
1.Anugerah Kawasan Paling Ramai : Ahli dari Amanah Kota Raja yang diterima oleh Cikgu Jaafar Ketua Amanah Kota Raja.
2. Anugera Paling Banyak Cawangan Berdaftar : Amanah Kawasan Hulu Langat yang diterima Ketua Amanah Kawasan Hulu Langat, Shamsul.
3.Anugerah Peratusan Keahlian Paling Tnggi: Amanah Kawasan Kuala Selangor yang diterima Ketua Amanah Kawasan Kuala Selangor.
4. Anugerah Khas Parti Amanah Negara : Gobalan Krishnan Gobachan
Pada jam 2 petang ini hingga esok akan berlansung konvensyen penuh. Malaysia dateline