Satu majlis sesi dialog dan majlis berbuka puasa di Restoran Kari Kepala Ikan, Seri Gombak anjuran Angkatan Muda yang turut dihadiri ahli parlimen Batu Tian Chua.
Program ini bertujuan untuk sesi beramah mesra serta mengadakan perbincangan tentang gerak kerja dan isu-isu berkaitan dengan kawasan-kawasan di dalam Parlimen Batu.
Program ini turut disertai Ketua AMK Wilayah Persekutuan, Hamdi Mohd Said, Ketua AMK Bukit Bintang, Abd RahmanHackeem, Timbalan Ketua Penerangan AMK Malaysia, Rozan Azen dan ahli-ahli AMK Cabang Batu.
AMK Cabang Batu juga telah menjemput beberapa individu dari AMK Malaysia serta Timbalan Ketua AMK Malaysia, Khairul Anuar tetapi beliau tidak dapat menghadiri kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.