Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pemberian nilai pelepasan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak RM1.5 juta kepada semua pengusaha restoran dan kedai makan negara ini.
Lim berkata keputusan dibuat untuk memastikan kos sara hidup rakyat terjamin tanpa perlu membayar cukai perkhidmatan ketika berkunjung ke mana-mana restoran dan kedai kopi.
“Setahun lebih tidak perlu bayar cukai perkhidmatan. Saya harap mereka (pengusaha) tidak naikkan harga di kedai-kedai mereka,” katanya kepada media pada satu taklimat khas SST di bangunan Kementerian Kewangan Malaysia hari ini.
Beliau berkata pengguna dan rakyat mesti membantu kerajaan dengan menjadi “perisik” kepada kerajaan berhubung harga menu di kedai makanan selepas SST dilaksanakan.
“Laporkan kepada kami supaya kerajaan boleh buat laporan terhadap perbuatan itu.
“Jadi, rakyat semua kena pastikan barang di kedai kopi dan restoran tidak naik,” katanya. – FMT