Pakatan Harapan (HARAPAN) berjaya mengekalkan kemenangan di Balakong selepas calonnya Wong Siew Ki meraih majoriti 18,533 undi.
Berdasarkan keputusan rasmi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Wong mendapat 22,508 undi, berbanding calon MCA Tan Chee Teong 3,975 undi.
Meskipun MCA mempertahankan depositnya hari ini, peratusan undi yang diterimanya tidak meningkat dengan ketara, iaitu hanya meningkat 4.1 peratus kepada 15 peratus.
PAS sebelum ini turun berkempen untuk MCA. Pada PRU lalu, PAS meraih 11.6 peratus di Balakong.
Sementara perkadaran undi calon HARAPAN pula meningkat daripada 77.5 peratus kepada 85 peratus.
Menurut SPR, peratus keluar mengundi di sana adalah 43 peratus. Jumlah layak mengundi pula 62,219. – Mkini