Taman Selayang: Rata-rata penduduk DUN Batu Caves merasa terharu dan berpuas hati dengan lawatan ziarah yang di lakukan oleh Calon N16, PKR DUN Batu Caves, Amiruddin Shaari.
Seorang pengundi Marina Fakhir Khan yang menerima ziarah daripada calon berkata, kalau boleh saya tidak mahu ADUN Batu Caves yang bakal mengurus kawasan ini di ambil alih oleh UMNO –BN kerana sepanjang mantan ADUN Batu Caves, Amiruddin Shaari menjaga kawasan ini beliau banyak membantu rakyat.
Tenaga muda dan sikap keperihatinan beliau sepanjang tempoh lima tahun telah di bukti kepada rakyat bahkan isu-isu di DUN Batu Caves banyak di selesai dengan baik. Ini tidak berlaku semasa pemerintahan kerajaan UMNO-BN mengurus
kawasan ini selama 50 tahun yang lalu, kata Marina kepada pemberita selepas menerima lawatan ziarah daripada Calon PKR DUN Batu caves, Amiruddin Shaari bersama petugas – petugas pilihanraya.
Menurut Marina, semenjak DUN di bubarkan , penamaan calon dan sehingga hari ini penduduk di sini tidak menerima lawatan ziarah daripada calon UMNO- BN samada di peringkat DUN mahupun daripada Parlimen Gombak.
Ujarnya, “tidak-tidak saya sentiasa menanti kedatangan calon ADUN dan Ahli Parlimen Gombak daripada UMNO begitu juga petugas UMNO disini tetapi perkara ini tidak berlaku. Perkara yang berlaku adalah petugas-petugas UMNO –BN telah menampal stiker “Keluarga kami pengundi BN”.
Kami penduduk disini selar tindakan petugas UMNO yang menampal stiker bendera di kawasan perumahan ini kerana stiker yang ditampal telah merosak cat rumah dan ahli keluarga bergaduh antara satu sama lain. Kebanyakan pengundi disini yang dulu sokong UMNO telah banyak beralih arah kepada Pakatan Rakyat. Tindakan mereka melekat stiker di kawasan
perumahan ini ibarat macam lanun seperti cerita P.Ramlee. Semua rumah di pangkah agar rumah dimasuk pencuri begitulah tindakan UMNO –BN, katanya”.
Tambah Marina lagi, hanya tinggal seminggu rakyat akan buang undi. Sebelum tiba pilihanraya kami ingin tahu apakah manifesto dan gula-gula pilhanraya yang UMNO ingin beri pada rakyat lagi. Apakah mereka akan bertemu rakyat disini. Manifesto yang diberikan Pakatan Rakyat amat menarik dan pada PRU12 kebanyakan telah di laksanakan.
Maka saya yakin PRU13 Pakatan Rakyat mampu melaksanakan janji manifesto mereka.
Marina yang mengalami diabetis sehingga sebelah kaki kiri di potong, sakit jantung 50 tahun lalu berkata “apa yang diberikan UMNO seperti kain batik, tabur duit pada pengundi sebagai rasuah akan kami ambil kerana itu semua hak rakyat tetapi bila tiba pilihanraya kami akan pilih pengurusan pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) yang Berjaya mengurus negeri Selangor dengan telus tanpa rasuah, ”
Sementara itu, calon PKR Amiruddin Shaari pula berkata, insya-Allah pengundi-pengundi OKU akan saya minta petugas mengambil mereka pada pilihanraya nanti. Keadaan mereka yang tidak berupaya namun semangat wajar yang ada pada mereka untuk buang undi perlu kita bantu. Tidak kira parti apa yang mereka ingin pilih.
Menurut Amiruddin tindakan petugas UMNO yang menampal stiker “Keluarga ku pengundi BN” tidak sepatutnya berlaku. Ini merupakan satu pencerobohan kawasan perumahan sehingga rakyat rasa marah dengan menampal stiker yang boleh merosakan cat rumah rakyat”.
Katanya, kita harap petugas-petugas UMNO melakukan kerja pilihanraya dengan professional tanpa merosakan hubungan kekeluargaan. Dengan menampal stiker ada di sebuah keluarga yang ada pengundi UMNO dan ada juga pengundi Pakatan Rakyat. Bila mereka tampal stiker tersebut berlaku pergaduhan antara anak beranak.
Justeru, saya harap perkara ini tidak berulang lagi kata Amiruddin shaari kepada pemberita selepas mengedar risalah dan lawatan ziarah pengundi awal pagi tadi di kawasan DUN Batu Caves, pagi semalam