PUTRAJAYA : Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat Duta Iran ke Malaysia, Jalal Firouznia pada Julai lalu.
Turut hadir mengiringi Jalal ialah Utusan Khas Kementerian Luar Iran, Syed Rasoul Muhajar.
Zahid dalam sidang media selepas pertemuan itu berkata mereka membincangkan beberapa perkara termasuk kebajikan warga Iran yang ditahan di penjara di Malaysia dan jemputan rasmi kepada Najib Razak menghadiri upacara angkat sumpah Presiden Iran yang baharu, Hassan Rouhani di Parlimen Iran.
“Delegasi Iran ini juga membincangkan mengenai kebajikan para pelajarnya di Malaysia yang berjumlah 17,000 termasuk anggota keluarga mereka yang turut menetap di Malaysia untuk menemani mereka yang berjumlah sekitar 38,000 orang,” katanya.
Kalau Mat sabu dituduh syiah kerana rapat dengan Hassan Nasrullah, menyanjung Khomeini dan dahulunya sering mengunjungi Iran kini sepatutnya Zahid juga boleh dikaitkan dengan syiah kerana membenarkan 38,000 penganut syiah Iran bermastautin di negara ini.
Anifah Aman juga boleh dianggap syiah kerana pergi ke Iran mengunjungi majlis angkat sumpah presiden Iran yang baru. Tak kan ahli politik BN terlepas tetapi kunjungan politik Mat Sabu dianggap satu dosa?