Blog: Anak Sungai Derhaka
Catatan Blogger Shahbudin Husein: Subuh tadi saya menerima email daripada seseorang yang mendakwa dirinya Aidana Karabasova, yang mana gambarnya disebar-luaskan sebelum ini sebagai Aidana Baizeiva iaitu salah seorang mangsa yang turut terbunuh dalam nahas helikopter di Semenyih, baru-baru ini.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada email ini tulen atau sebaliknya.
Dalam emailnya, Aidana Karabasova mengakui bahawa itu adalah gambarnya dan beliau bukannya Aidana Baizeiva.
Katanya lagi, beliau masih hidup dan berasal daripada Kazakhstan, bukannya Kyrgzstan.
Dalam artikel di blog ini pada Selasa 7 April lalu, saya menulis berkenaan gambar yang tersebar luas berkaitan Aidana Baizieva yang berkemungkinan bukan wajahnya sebenar kerana gambar itu sebenarnya diperolehi daripada sebuah web bernama gaukhara.com.
Sekali lagi, jika email ini tulen, maka sahlah gambar yang tersiar di banyak media baru dan media sosial selama ini adalah Aidana Karabasova dan bukannya gambar sebenar Aidana Baizieva, mangsa yang terbunuh dalam nahas helikopter yang dipercayai rakan kepada juruterbang bernama Clifford.
Ini juga bermakna gambar sebenar Aidana Baizieva masih lagi tidak dapat dipastikan.
Dalam nahas itu, kesemua enam penumpangnya termasuk Ahli Parlimen Rompin, Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Azlin Alias telah terbunuh…