Sebanyak RM9 bilion wang pelaburan asing telah mengalir keluar dari negara ini sehingga 30 Jun 2015.
Jumlah ini jauh mengatasi pengaliran keluar untuk tempoh sama tahun lalu, iaitu sebanyak RM6.9 bilion.
Penganalisis ekonomi menggambarkan perkembangan ini adalah detik sukar untuk ekonomi negara berikutan beberapa skandal kewangan seperti 1MDB, Mara dan sebagainya.
Namun keadaan lebih buruk menanti pada September depan apabila Amerika Syarikat menaikkan kadar faedah. Kesan ‘Fed Rate Hike’ mungkin akan melanda Malaysia selepas itu.
Jika Amerika Syarikat menaikkan ‘rate’ atau kadar ini sebanyak 4% (jangkaan pakar ekonomi), maka rakyat Malaysia yang sedang membayar pinjaman bank untuk pembelian hartanah terpaksa membayar balik pinjaman tersebut dengan kadar tambahan 4% .
Contohnya, jika kadar pinjaman bank sekarang mewajibkan pembayaran balik pinjaman pada kadar faedah 4%, maka selepas bulan September, pembeli hartanah terpaksa membayar balik pinjaman itu dengan kadar faedah 8%.
Ini tentu membebankan rakyat Malaysia yang pada masa kini sedang bergelut dengan kos sara hidup yang sudah meningkat akibat dari perlaksanaan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan pada 1 April yang lalu.
Justeru, beban rakyat semakin bertambah sebab harga barang keperluan harian juga semakin naik. Selain dari itu, banyak barangan sudah menjadi mahal disebabkan oleh kejatuhan nilai matawang Ringgit.