Mahkamah Sesyen Pulau Pinang hari ini membebaskan ADUN Seri Delima RSN Rayer dari satu daripada dua tuduhan hasutan yang difailkan terhadapnya.
Hakim Roslan Hamid memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa kenyataan ‘celaka’ oleh Rayer yang dibuatnya semasa ceramah mempunyai kecenderungan menghasut.
Rayer menghadapi dua pertuduhan menghasut mengikut Seksyen 4 (1) b Akta Hasutan kerana didakwa mengeluarkan perkataan ‘celaka’ terhadap Umno semasa ceramah bagi kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor pada Mei 2014.
Bagi pertuduhan kedua, Rayer didakwa mengeluarkan perkataan yang sama terhadap Umno di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada Mei 2014.
Perbicaraan masih diteruskan di bawah hakim Ibrahim Osman di Mahkamah Sesyen yang lain.