Sehari dua ini pecah berita Husam anak Tok Guru Hj Musa Serif, ahli Pas yang berdedikasi membangun Pas Kelantan bersama Tok Guru Nik Aziz dipecat.
Pecat memecat biasa dalam organ parti tak pelik mana pun. Sebelum ini, Wahab Yunus bekas MP dan Pesuruhjaya Pas Terengganu pun pernah dipecat.
Asri (bekas Presiden) pun kena Hasan Ali pun kena dan banyak lagi seperti yang berlaku dalam parti kawan mesra Pas (Umno) sekarang. Bermaknanya, dua tiga hari lagi Husam selepas terima surat cinta daripada Setiauasaha Agung Pas, akan rasmi menjadi ADUN Bebas. Peristiwa ini kedua kali berlaku selepas ADUN Wan Nordin dan Wan Najib, iaitu dua ADUN S46 Sungai Pinang dan Limbongan yang keluar parti era Angkatan Perpaduan Umah di Kelantan hampir dua dekad lalu.
‘Mu Tunggu Ngundi Kekgi’
Husam anak Hj Musa adalah antara ahli Pas yang lama dalam perjuangan sebelum Nik Amar, MB Mat Yaakub dan Nik Abduh . Ore Kelate ghoyak lepas Husam kena pecat ialah ‘Mu Tunggu Ngundi Kekgi’ 2017 atau 2018.
Pandai la rakyat Kelantan nak tentukan mana yang benar, mana yang salah. Mahu kekalkan kerajaan Pas atau berubah kepada Pakatan Harapan.
Anak sulung Pas Sarawak
Pas dikatakan mandul sebab berkali-kali gagal mendapatkan DUN anak sulung di Sarawak. DUN Beting Maro telah dicuba sejak PRN 2000 lagi. Pada PRN 2006 Pas kalah 600 undi, pada PRN 2011 kalah kira-kira 300 undi tetapi 2016 kalah lebih banyak.
Pas menang berselfie dan berfoto serta berwhatsapp bergilir keluar-masuk airport di Sarawak. Makbul doa presiden bila menyebut nak pastikan Ketua Menteri dari kalangan bumiputera Islam, walaupun dari BN.
Banyak derma dari Semenanjung masuk kepada ahli-ahli Pas untuk berdakwah dan berjuang. Namun tidak kurang yang melancung sambil berdakwah
Banyak ole-ole yang dibawa pulang oleh para pejuang-pejuang dan pemimpin Pas yang berkempen.
Banyak ole-ole yang dibawa pulang oleh para pejuang-pejuang dan pemimpin Pas yang berkempen.
Pertembungan sesama sendiri
Bila DAP banyak tewas akibat pertembungan sesama Pakatan Harapan maka seperti biasa BN tepuk tangan. Mereka mengharapkan selepas ini PKR, DAP dan Amanah terus bercakaran dan berlawan sesama sendiri lagi dan akhirnya mengekalkan BN berkuasa selepas PRU 14
Maka akhirnya BN diramal akan menang selesa pada PRU akan datang. Untuk kekal berkuasa di negeri-negeri tertentu maka Umno boleh berunding belakang tabir dengan Pas. Contoh paling baik, Razif MB Terengganu kekal walaupun sultan murka kerana adanya sokongan dari ADUN-ADUN Pas
(Visited 327 times, 1 visits today)