Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad berkata parti itu telah mengemukakan dua nama calon untuk bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Bercakap kepada pemberita di parlimen hari ini, Khalid berkata dua nama berkenaan telah diserahkan ketika mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) yang diadakan hari ini.
Beliau juga memaklumkan Pakatan Harapan dijangka mengumumkan calon bagi dua kerusi itu selewatnya pada 1 Jun.
“Kita beri hujah kenapa perlu AMANAH jadi calon. Baru hari ni kita kemukakan nama calon.
“Apa yang kita kemukakan akan dikaji secara muktamad bersama nama calon yang kita kemukakan dan ia akan diumumkan pada 1 Jun.
“Selewatnya 1 Jun. Kita cadang dan dua-dua parti (PKR dan DAP) akan buat pertimbangan khusus oleh kerana PAS dan PKR ada dalam kerajaan negeri dan kena kaji sudut itu juga macam mana ia nak dilakukan,” katanya.