Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menziarahi ayah kepada calon Amanah Sungai Besar, Datuk Abdul Shukur yang juga bekas Adun dan Ahli Parlimen di Selangor, semalam.
Turut serta adalah isteri bekas perdana menteri paling lama memerintah itu, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Kedua-dua mereka diiringi oleh calon Amanah, Azhar Ab Shukur.
Dr Mahathir mengisytiharkan sokongannya kepada Parti Amanah Negara dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur.
Ia selepas Azhar menandatangani Deklarasi Rakyat hari ini untuk menyokong gesaan pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sambil menegaskan bahawa beliau bukan lagi ahli mana-mana parti, Dr Mahathir berkata beliau berada di situ sebagai seorang warganegara yang prihatin.
Kerana sebab itu, tambahnya, beliau datang untuk menyokong ahli Amanah yang menandatangani Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Najib.
Beliau menegaskan demikian dalam ucaptamanya di forum anjura DAP mengenai 1MDB dan skandal RM2.6 bilion di Sekincan.