Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan penyertaannya ke dalam DAP dalam satu sidang media hari ini.
Pengumuman itu dibuat di rumahnya dengan kehadiran ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad.
Turut hadir pemangku pengerusi Kebangsaan DAP Tan Kok Wai yang juga ahli Parlimen Cheras, ahli parlimen Kluang Liew Chin Tong, bekas menteri Tan Sanusi Junid dan bekas ketua pengarang NST yang kini ahli MPT Bersatu, Datuk Kadir Jasin.
Zaid mengisi borang menyertai DAP di depan Lim Kit Siang.
Sebelum ini, Zaid adalah ahli Umno dan pernah menjadi ahli parlimen Kota Bharu dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Beliau melepas jawatan itu kerana tidak setuju dengan penggunaan ISA dan menyertai PKR namun meninggalkan parti itu ekoran krisis pemilihannya.
Beliau menubuhkan parti Kita selepas itu dan hari ini mengumumkan penyertaannya ke dalam DAP.
Ketika memberikan ucapan, Zaid berkata, beliau kekal dengan prinsip perjuangan untuk menyelamatkan Malaysia.
“Hanya pemimpin yang berwibawa dan amanah mampu menyelamatkan negara.
“Saya lihat DAP sebuah parti politik yang efektif dalam memperjuangkan kepentingan negara sebagaimana ditunjukkan di Pulau Pinang,” kata Zaid.
Ramai Melayu tak boleh dengar nama DAP, termasuk pemimpin Umno dan Pas.
“Mereka sedar, kerajaan mereka akan tumbang jika orang Melayu tidak lagi takut kepada DAP.
“Saya mahu memberikan sumbangan agar orang Melayu tidak lagi takut kepada DAP,” tegas Zaid.
Zaid dalam ucapannya juga berkata, beliau tidak bercadang untuk memegang apa-apa jawatan.
Lim Kit Siang juga berkata, semua bertanya kepada beliau berapa lama Zaid boleh bertahan dalam DAP.
Kit Siang berharap Zaid bukan mahu menjadi primadona dalam DAP tetapi menjadi ‘team player’ dalam DAP. Malaysia dateline