Siapa sangka kawan lama, yang juga murid-guru, Presiden Pas Hj Hadi dan Shabery Cheek berjumpa semula di lapangan sebab mahu pergi ke laut bersama-sama.
Kata YB DUN Manir anak kepada Harun Taib, Tok Guru kebetulan jumpa Shabery dan bukan dirancang.
Orang Pas tak perlu selidik fakta itu. Yang penting mereka gegak gempita mengiakannya. Itulah nasib Tok Guru
Menteri Asas Tani nak raikan Tok Guru?
Kalau tidak dirancang pelik juga siap ada jamuan sambutan bersama
Siap naik bot ke laut bersama dan siap berselfie angkat ibu jari
Jadi rakyat boleh nilai sendiri sama ada sengaja atau tidak pertemuan mereka
Penyokong Pas riang
Penyokong Pas bersama Penyokong Umno berkumpul sebab suka dapat lihat tok guru berpelukan dengan musuh lama dalam politik
Bila pernah kerajaan BN jemput pemimpin pembangkang dalam majlis rasmi
Tetapi pada 2017, sekonyong-koyong YB Marang diraikan dalam majlis rasmi kerajaan
Bukti-bukti bergambar jelas menunjukkan bahawa Presiden Pas sangat teruja jumpa menteri Umno yang juga sahabat masa dalam Pas dahulu
Kalaulah Haron Taib masih hidup
Jika ustaz Abu Bakar Chik dan bekas Ketua Dewan Ulama Harun Taib serta Tok Guru Awang Nasruddin Batu 6 telah lama pergi menghadap Illahi, jika tidak belum tentu Pas Terengganu boleh berbuat sesuka hati dengan Umno
Kini gembira tak terkata Tengku Putera ADUN Kuala Berang (BN) dan Abd Rahman Bakar (BN) bekas MP Marang bila mereka boleh bermesra dengan Presiden Pas setelah dimuktamadkan polisi baru Pas iaitu politik Matang Sejahtera