Pada1978, Presiden Pas Hj Hadi Awang seorang yang amat pedas kritikanya kepada Umno BN
Siapa tak kenal dengan Amanat Hj Hadi yang menghentam Umno parti yang mengamalkan sistem pemerintahan penjajah Inggeris dan mengamalkan politik suku, agama suku.
Hj Hadi menempa kejayaan apabila Terengganu jatuh ke tangan Pas pada pilihan raya umum 1999. Beliau diangkat menjadi MB Terengganu.
Bagaimanapun, pada 2004 Pas terpaksa akur pengundi menolak parti itu. Hj Hadi gagal menyaingi rekod Pas di Kelantan memerintah sejak1990 sehingga dua dekad selepasnya.
Hj Hadi berlembut
Hj Hadi mula berlembut menerima keIslaman Umno pada 2016 – 2017.
Puak walaon menganggap tindakan Hj Hadi itu sebagai mengembalikan Pas ke landasan yang betul.
Pas perlu mengamalkan politik kasih sayang dengan parti pemerintah demi keunggulan ras Melayu di bumi Malaysia.
Pas juga wajib menolak kerjasama dengan parti yang dikuasai oleh pemimpin bukan Islam terutama DAP bagi menjamin kuasa politik orang Melayu kekal terpelihara.
Sifir politik ‘senget’
Dalam pada itu Pas tidak pula bimbang parti bukan Melayu seperti MCA dan MIC dalam BN yang menentang idea Negara Islam dan Hudud
Hanya yang Pas bimbang adalah ‘kununnya’ DAP akan memerintah Malaysia.
Penasihat gelap
Sejak Hj Hadi mula berta’awun dengan Umno, ahli-ahli Pas yang rasional mula melabelkan penasihat beliau sebagai ‘punah-sihat’
Para punah-sihat inilah yang bercokol di keliling Hadi dan melemahkan pemikirannya
Sementelah pula Hj Hadi diserang pernyakit berkaitan jantung dan sulit untuk beliau menumpukan banyak masa bagi menganalisa politik semasa Malaysia.
Maka punah-nasihat-punah-nasihat gelap dan terang pro Umno ini pun mulalah memainkan peranan.
Dendam kepada Mahathir
Sebaik sahaja Mahathir diangkat menjadi Pengerusi Pakatan Harapan (PH) maka berkokoklah puak-puak walaon Pas mengingatkan dosa bekas PM itu kepada ahli parti komponen PH
Mereka seolah-olah gila talak kerana PH tidak lagi melibatkan Pas dalam koalisi. Api dendam kepada Mahathir ditiup semahu-mahunya.
Peristiwa Memali, peristiwa berdarah Lubuk Merbau dan segala keburukan Mahathir menjadi mainan puak walaon di laman sosial dan facebook.
Salah satu hujah yang kelakar apabila seorang walaon dari Penang membandingkan dosa Mahathir dengan penjajahan Jepun. Katanya kalau Malaysia boleh berhubung diplomatik dengan Jepun selepas era penjajahan sebagaimana PH berkawan dengan Mahathir maka tidak salah jika Malaysia minta dijajah Jepun sekali lagi pada era melenium ini.
Makin teruk karatnya otak walaon. Inikah generasi penerus Pas pada masa hadapan?