Dr Yusuf al-Qaradhawi menyeru kepada semua lapisan masyarakat agar menyertai demonstrasi di Dataran Tahrir, Kaherah bagi merawat luka-luka para penunjuk perasaan dan menuntut agar pihak tentera masuk campur untuk mempertahankan rakyatnya dari serangan curi, dan beliau menuduh Presiden Mesir telah “mula menyembelih rakyatnya sendiri”.
al-Qaradhawi didalam satu siaran yang dikeluarkan oleh station TV Satelite al-Jazeera, telah memuji penyertaan golongan muda yang tetap pendirian dan tidak berganjak dari tempat demonstrasi dan berkata “samada mereka hidup bahagia atau mati sebagai syuhada'”. Beliau menyeru agar para ahli politik bersatu memberi sokongan kepada mereka.
Presiden Ulama’ Antarabangsa ini menegaskan bahawa, walaupun terdapat perbezaan pandangan diantara ahli politik, akan tetapi mereka hendaklah bersetuju bahawa “pemuda ini adalah pengadil/hakim, dan semua ahli politik hendak tunduk mendengar pandangan mereka, kerana mereka telah menjadi “Tuan” kerana darah mereka dan bukan perkataan mereka”.
Komen beliau terhadap pertempuran yang berlaku diantara penyokong dan penentang Mubarak di Dataran Tahrir, katanya, Presiden Mesir “telah mula menyembelih rakyatnya sendiri”. Beliau bertanya “Bagaimana kalau orang yang beliau sukai menyembelihnya? Kenapa beliau hanya menumpukan perhatian kepada golongan tertentu sahaja, sebagaimana yang dilakukan oleh Firaun keatas kaum Musa apabila ahli bumi “dibahagikan kepada beberapa kumpulan”?.
Tambah al-Qaradawi lagi kepada Mubarak – “Haram keatas kamu membunuh warga negara kamu sendiri”, sebagai amaran kepada tindak balas yang zalim.
Beliau menuntut dari Badan-badan Islam, Arab dan pihak Antarabangsa agar campur tangan mempertahankan rakyat Mesir yang menderita akibat ketidak adilan dan kezaliman.
Al-Qaradhawi mengajak para penceramah, Imam-Imam, doktor-doktor, para wartawan dan lain-lain agar menyokong para penunjuk perasaan yang terdiri dari kalangan orang-orang muda, dan turun menyertai mereka dijalanraya pada hari Jumaat.
Beliau mengakhir ucapannya dengan berdo’a kepada Allah agar memberi kekuatan kepada pemuda-pemuda ini dan memberi pertolongan terhadap ketidak adilan keatas mereka, dan mengambil kekuatan dan keupayaan dari musuh-musuh mereka.
(Visited 98 times, 1 visits today)