Akan berlaku PRK pilihan raya kecil di kebanyakan kerusi DUN dan Parlimen bagi Kelantan, Terengganu malah di seluruh negara apabila kerajaan memulakan siasatan keatas 1MDB dan SRC secara intensif.
Sebaik menjalankan tugas pada hari pertama sebagai Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir telah menekankan bahawa
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mungkin akan disiasat berkaitan pembabitan dalam kes syarikat pelaburan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SPRM akan dikaji semula.
Tegas beliau, tindakan akan diambil berdasarkan undang-undang negara atas nasihat peguam dan pentadbiran negara.
Dengan kenyataan ini pasti bekas perdana Menteri Najib Razak, pemimpin-pemimpin Umno BN termasuk bekas dan para pemimpin kanan PAS yang maklumatnya didakwa telah dibocorkan oleh siasatan SPRM, penerima dana yang berasal dari Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) akan turut terheret sama.
Masihkah anda ingat akuan berkanun Rafizi Ramli pada 14 April 2017, seperti link, https://m.malaysiakini.com/news/379151
Bahawa saya, MOHD RAFIZI BIN RAMLI (No Kad Pengenalan 770914-11-5025) yang beralamat di A405, Kyoto Garden Condominium, Bukit Antarabangsa 68000 Ampang dengan ini membuat akuan berkanun mengikut Akta Akuan Berkanun bagi tujuan mendedahkan satu perlakuan yang bertentangan dengan undang-undang negara melibatkan sejumlah wang syarikat milik negara kepada seorang tokoh politik Pas yang dibayar melalui akaun peribadi YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Dokumen yang didapatkan ini sebenarnya telah dibocorkan hasil dari siasatan SPRM sendiri,
Ini yang membuat ramai Adun dan ahli parlimen PAS serta Umno tidak dapat tidur lena seperti akan datangnya KIAMAT, walaupun baru saja mengecapi kemenangan dalam PRU 14 baru-baru ini.