BN jelas kelihatan takut untuk mendepani Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada PRK Port Dickson.
Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin berkata, perkara itu menyebabkan BN enggan meletakkan calon pada pilihan raya nanti.
“BN penakut! Mereka sebenarnya bukan boikot PRK Port Dickson, tapi takut nak lawan Anwar.
“Mereka pun tahu habis deposit saja kalau masuk bertanding nanti,” katanya kepada Suara pakatan daily.
Menurutnya, PKR tetap akan lawan siapa saja calon yang berhasrat bertanding pada PRK Port Dickson.
“Tapi kalau tak ada pertandingan, kita harap Anwar boleh menang tanpa bertanding,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan BN yang mahu memboikot PRK Port Dickson.
Keputusan untuk tidak meletakkan calon itu diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seru Dr Ahmad Zahid Hamidi.