Armada Pulau Pinang menggesa sekumpulan pemandu teksi yang bersikap biadab dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tampil memohon maaf.
Ketuanya, Shameer Sulaiman berkata, insiden seperti itu tidak seharusnya berlaku terutama melibatkan pemimpin nombor satu negara.
“Tun Mahathir Perdana telah berbesar hati untuk berdialog bersama dengan kumpulan pemandu pemandu teksi di Langkawi.
“Program dialog ini diadakan bagi memberi ruang kepada pemandu teksi untuk menyatakan permasalahan yang dihadapi.
“Namun perkara sebaliknya berlaku apabila sebilangan pemandu teksi bersikap biadab dan meninggalkan dewan ketika program sedang berlangsung,” katanya kepada Suara pakatan daily.
Menurutnya, tindakan segelintir pemandu teksi itu telah memberikan impak buruk kepada keseluruhan komuniti pemandu teksi lain di Malaysia.
“Kalau dengan perdana menteri pun kamu tak beradab sopan, bagaimana pula nanti dengan orang ramai dan pelanggan yang menggunakan perkhidmatan teksi ini.
“Saya harap mereka yang berkenaan dapat membuat permohonan maaf kepada Tun Mahathir secara terbuka.
“Mereka harus bertindak segera untuk membersihkan imej pemandu teksi lain dan saya harap insiden ini tidak berulang,” katanya.