
Rakyat Mesir memilih untuk berhimpun setelah menyedari bahawa perubahan perlu dilaksanakan . Rakyat Mesir bangkit menyuara ketidakpuashatian mereka yang selama ini dibelenggu oleh Rejim Hosni Mubarak . Persoalan keadilan, rasuah, penyelewengan , salah guna kuasa dan sebagainya menjadi isu yang mendorong mereka untuk menuntut perubahan. di Bandaraya Suez menjadi saksi peristiwa bersejarah tersebut .

Sebelum itu Hosni Mubarak terus menyatakan pendirian mempertahankan kedudukan beliau dan tidak berhasrat untuk berundur sehingga pilihanraya umum Mesir pada September nanti . Jutaan rakyat Mesir turun ke jalanraya di Bandaraya Suez dan setiap hari semakin memuncak bukan sahaja dengan kehadiran lebih ramai rakyat tetapi sehingga kepada pertempuran dengan pihak berkuasa , malah berlaku kehilangan lebih 100 nyawa dan ratusan yang cedera . Namun rakyat Mesir tidak berganjak dari terus bangkit mendesak Hosni Mubarak berundur .

Rakyat Mesir sudah hilang sabar , gejolak kemarahan mereka meluap-luap hingga tidak mampu dibendung lagi . Bagai api yang membakar dan membara , terus menyala . Suasana gawat tersebut meletakkan Mesir dalam suasana yang sangat kritikal .
Rakyat Mesir telah menunjukkan keberanian dan kekuatan . ” Kuasa Rakyat” atau “People Power” benar-benar membuktikan , seangkuh mana pemimpin dan sesebuah kerajaan tersebut akan tersungkur juga di kaki rakyat . 30 tahun rakyat Mesir membekam kemarahan , demokrasi sudah lama terpadam di bumi Mesir .
Soladiriti dan mobilisasi seluruh rakyat Mesir tercatat dalam sejarah dunia menjatuhkan rejim diktator Hosni Mubarak .
Sepertimana yang pernah diungkapkan oleh Anwar Ibrahim ; ” kalau sanubari kita penuh dengan ketakutan , kita akan hidup dengan ketakutan . Kalau kita nyalakan api perjuangan dalam dada kita , kita akan memiliki kekuatan untuk menengakkan keadilan , menghapuskan kezaliman “ .
(Visited 118 times, 1 visits today)