Ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh menyelar menteri perdagangan antarabangsa dan industri kerana tidak menjawab dengan tepat mengenai isu Lynas dan lebih banyak bermain politik.
“Di dalam keadaan di mana YB Menteri mempunyai cukup ruang didalam dewan sewaktu penggulungan perbahasan RUU Perbekalan 2012, pihak Menteri telah tidak dapat menjawab dengan menggunakan fakta.
“Malah Menteri menggunakan kenyataan Menteri Australia sebagai hujah dan juga memilih untuk melaga-lagakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan cuba menjurus kepada mengatakan isu Lynas di politikkan oleh pihak saya.
“Menteri seharusnya menggunakan ‘floor’ beliau sebaik mungkin dengan fakta. Sebaliknya YB Menteri lebih berminat mempolitikkan isu dengan tidak menjawab kepada isu sebenar. Menteri kena ingat bahawa beliau ialah pihak eksekutif dan harus bertindak profesional,” katanya dalam satu kenyataan media.

bantahan Lynas
Fuziah membidas dakwaan bahawa pihaknya yang tidak ingkar kepada temujanji sehingga tidak bertemu pihak kementarian pada Mei lalu.
“Berkenaan tuduhan bahawa saya membatalkan temujanji pada 3 Mei, sila rujuk kepada lampiran Kronologi Komunikasi MP dan pejabat Menteri MITI. Ianya cukup menjelaskan atas urusan temujanji 3 Mei itu dibuat.
“Berkenaan dengan tuduhan pihak Menteri bahawa saya “misleading” dewan dengan berkata didalam dewan bahawa pre operating license sudah dikeluarkan. Saya nafikan sekeras-kerasnya dan saya cabar pihak Menteri mengeluarkan hansard dimana saya berkata demikian.
“Namun, saya tetap mahu bersangka baik dengan pihak YB Menteri MITI kerana saya yakin beliau (Menteri) telah menerima panduan yang menyeleweng oleh mereka -mereka disekelilling beliau, yang mungkin ada motif politik peribadi atau kepentingan. Saya juga ingin merakamkan kekecewaan saya bahawa pihak Menteri tidak mengkaji fakta sebelum bercakap. Cuma membaca sahaja apa yang disediakan oleh pihak pegawai beliau,” katanya.

Fuziah (kiri) di Gebang sempena bantahn Lynas
Fuziah bagaimanapun menyeru agar pihak Menteri boleh menerima maklumat selain dari maklumat input dari Lynas semata-mata.
“YB Menteri harus mengkaji juga maklumat alternatif sebelum mengeluarkan hujah berdasarkan input dari Lynas semata. Ini yang saya maksudkan Menteri seolah-olah menjadi jurucakap pihak Lynas.
“Menteri wajar bertindak bertanggungjawab, tidak mempolitikkan isu, harus terbuka menerima kritikan dan mesti ‘answerable’ kepada rakyat. Juga keselamatan rakyat harus di letakkan agenda nombor satu,” tegurnya.
KRONOLOGI Komunikasi Pejabat Parlimen Kuantan dengan MITI
22 April 2011 |
YB Menteri MITI umumkan perlantikan Panel Pakar Antarabangsa, bebas akan di buat secepat mungkin. Menteri juga menyebut panel ini bersifat ‘multi discipline’ seperti yang telah kami sarankan sebelum ini.
Menteri juga menyebut bahawa panel akan di lantik dalam minggu tersebut ia itu dalam masa beberapa hari. (Kenyataan 23 April 2011)
|
25 April 2011 |
MP Kuantan menulis surat kepada YB Menteri memohon berjumpa untuk berbincang tentang lantikan pakar-pakar dalam panel antarabangsa Tarikh yang di cadangkan ialah di antara 26-29 April kerana ianya merupakan urusan yang wajib ditangani dengan segera.
|
27 April 2011 |
Pihak YB Menteri MITI menghubungi pejabat Parlimen Kuantan menberitahu tidak dapat berjumpa dalam masa terdekat. (Rujuk Kenyataan Media MP Kuantan bertarikh 27 April 2011)
|
27 April 2011 |
MP Kuantan mengeluarkan Kenyataan Media berkenaan dengan Menteri terlalu sibuk nak berjumpa dan tidak dapat berunding hal lantikan Panel Pakar Antarabangsa
Stakeholders di Kuantan bertegas bahawa mereka mahu punya suara didalam menentukan ahli-ahli panel pakar
|
30 April 2011 |
Panggilan dari pejabat Menteri memaklumkan YB Menteri hanya dapat berjumpa pada 8am 3 Mei 2011
Saya memaklumkan bahawa saya akan berada di luar Negara untuk membentangkan isu Lynas di “ASEAN Public Hearing on CSR” Bertempat diJakarta pada 2 Mei 2011
Saya tidak dapat menerima dan mengesahkan temujanji yang di berikan oleh pihak YB Menteri. Bukan membatalkan seperti yang didakwa.
|
2 Mei 2011 |
Membentangkan aduan kepada “Asean Public Hearing on CSR’ di Jakarta ISU LYNAS
|
3 Mei 2011 |
8am –waktu temujanji yang ditawarkan dan di telah dimaklumkan oleh pihak saya kepada SU sulit YB Menteri Dato Mohamed Irwan Mansor bahawa mustahil saya dapat hadir .
|
4 Mei 2011
5 Mei 2011 |
Vienna mengumumkan Lantikan Panel IAEA oleh Malaysia.
MP Kuantan mempertikaikan IAEA ialah badan yang tidak ‘impartial’
|
13 Mei 2011 |
MITI Meneruskan juga usaha melantik pakar dan Senarai pakar-pakar dalam Panel IAEA di umumkan tanpa mendapat maklum balas dari stakeholders Kuantan
Tidak melibatkan ‘Public Health Expert’
|
30 Mei 2011
|
Lantikan Panel Antarabangsa tidak melibatkan PUBLIC HEALTH EXPERT di perakui oleh IAEA di dalam pertemuan IAEA dengan stakeholders Kuantan
|
|
|