Hari ketiga selepas tragedi fitnah ke atas Azmin dan usaha keras pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menyelidik sama ada video dua pasangan berhubungan intim tersebut asli atau tidak, bloger kontroversi Milo Suam berjaya menemukan software yang mungkin digunakan untuk menyunting video seks berkenaan. Ikuti luahan Milo dalam posting terbaharunya:
POLITIK Malaysia dilanda kisah seks ‘sejenis’ lagi, atau bahasa yang baru dipopularkan iaitu seks ‘semburit’ malah kali ini ia disertakan dengan kononnya video kelakuan sumbang menteri berkenaan.
Aku tak mahu komen kisah siapa nak memburit dan siapa yang nak beromen, kita serah kepada pihak berkuasa, apa yang aku peduli ialah video itu dipersoalkan ketulenannya. Ada kata boleh edit dalam masa yang sama ada kata mustahil boleh diedit.
Jadi aku cuba buat carian di internet dan YouTube menggali maklumat bagaimana cara hasilkan video palsu seperti itu.
Hasilnya aku dapati, rupanya memang boleh dilakukan dan banyak juga aku jumpa contoh-contoh video palsu yang kelihatan ‘real’ dihasilkan di luar negara.
Antara teknik yang boleh digunakan ialah “Deep Video Potraits”, dan “Deep Fake” (AI teknologi) cara yang digunakan meskipun sedikit memakan masa, tetapi sangat mudah dan murah.
Aku nak kongsikan sebuah video berkaitan kontroversi semburit yang telah aku hasilkan menggunakan kaedah ini.
Pada asalnya aku nak ubahsuai wajah pelakon pelakon dalam video semburit yang disebarkan, tapi nanti kena ban pula dengan YouTube, maka aku tukar fikiran aku ubahsuai je video Haziq duduk atas kerusi macam nak bagi pengumuman Hari Raya tu.
Dalam videonya, Milo Suam telah mengubah wajah Haziq menjadi lebih tembam dan hidung yang lebih besar namun masih boleh membuat mimik muka sebagaimana video sebelumnya. – MS