Via WhatsApps
Sekumpulan jemaah sebuah masjid dari Malaysia telah ziarah masjid2 utama di Singapura. Pada mulanya tak harap apa2 pun yg boleh dicontohi. Tetapi bila sampai sana je mereka semua terkejut bila tau…. Allahu. Baca dan kongsikan.
PENGALAMAN AHLI JEMAAH MASJID MALAYSIA DI SINGAPURA
Setahun Lepas, Satu Rombongan Terdiri Dari 20 Orang Ahli Jemaah Masjid Telah Mengadakan Lawatan Ke Tujuh Masjid Utama Di Singapura.
Lawatan Tersebut Telah Di Susun Oleh seorang CEO syarikat penyiaran popular di Malaysia.
Lawatan Tersebut Adalah Sebagai Pembuka Hati dan Minda.
- Masjid2 Di Singapura Yang Terpaksa Mencari Dana Sendiri Telah Di Urus Tadbir Dgn Amat Baik danTersusun.
- Imam2nya Yang Lulusan Al Azhar, Selain Fasih Berbahasa Arab Juga Fasih Berbahasa Inggeris.
- Golongan Professional Seperti Doktor, Jurutera, Peguam dan Lainnya Utuh Berada Di Saf Hadapan.
- Ketibaan Rombongan Dari Malaysia Di Sambut Oleh Pemuda dan Pemudi Yang Dibimbing Untuk Sentiasa Aktif dan Rapat Dengan Masjid.
- Pada Hujung Minggu, Masjid2 Mengatur Sekian Banyak Kursus Hinggakan Ada Kursus Khas Untuk Bibik2 Pembantu Rumah Yang Bekerja Di Singapura.
- Kursus2 Seperti Membuat Kek, Pakaian, Salon Dibuat & Sijil Dikeluarkan Agar Apabila Kembali Ke Negara Asal, Mereka Dapat Berdikari Atau Mudah Mendapat Kerja.
- Cafe Bertaraf “Starbucks” Dibuka Kepada Orang Ramai Termasuk Non Muslims.
- Tempat Penginapan Disediakan Untuk “Backpackers” Termasuk Non Muslim. Hasilnya, Ada Backpackers Dari Australia Setelah Tinggal Di Masjid dan Berinteraksi Rapat Dengan Para Jemaah Setempat, Akhirnya Kembali Utk Bersyahadah.
- Rata2 Ahli Rombongan Malaysia Berasa “Kerdil” Kerana Jauhnya Kita Ketinggalan Berbanding Saudara2 Kita Di Singapura.
- Difahamkan PM Singapura Sendiri Telah Memanggil Presiden Muslim Di Singapura Utk Mengetahui Kunci Kejayaan Mereka.
- Bagi Kaum Muslim Di Singapura, Pemuda Adalah “Penggerak Agama dan Bangsa” Bukan Lagi Sebagai Harapan Bangsa.
Alhasilnya, Jawatankuasa dan Para Pegawai Masjid2 Di Negara Kita Boleh Mencontohi Usaha Baik Ini Agar Pihak Masjid dapat Merangka dan Menyelaraskan Suatu Gerak Kerja Yang Amat Tersusun dan Bergerak Lancar Demi Kepentingan Agama Islam,Sekaligus Mewujudkan Kelompok Muslimin/Muslimat (Jemaah/Ahli Qariah) Yang Lebih Prihatin Agama dan Mencintai Sunnah.
Bukalah Hati dan Minda Kita. Tunjukkanlah Keperibadian dan Keindahan Islam.